"Kamu ajarlah Yoongi ni, bagi pandai sikit." Mama tersenyum mesra kepada Miera lalu berlalu pergi.
Selepas Mama betul-betul hilang dari pandangan, aku terus meletakkan kepala di atas meja.
Lebih baik tidur daripada menghadap perempuan ni.
Ppak!
"Hish sakitlah!" kepalaku yang diketuk lembut dengan bukunya digosok aku.
"Nah, buat ni. Aku nak dalam 20 minit. Sepuluh soalan ni siap." katanya tegas seraya kembali semula menghadap bukunya.
Aku hanya menayangkan muka toya, sesekali aku menjeling ke arah buku-bukunya yang sudah terisi jawapan.
"Menung apa? Buatlah soalan ni."
"Kalau taknak?" alis kening aku bertaut dengan senyuman mengejek.
"Huh, dah la tak pandai pastu berlagak pula."
Pergh!
Rasa hatiku digores dihiris dipijak pijak.
"Eh, diam la. Banyak bunyi pula kau." walaupun aku marah, Miera hanya buat muka tak kisah.
"Lantak kaulah, malas aku nak cakap apa apa. Kau yang nak pandai, bukan aku." balas Miera bersahaja.
Aku hanya tersentak kecil.
Miera nampak tekun mengulang kaji pelajarannya.
Hm, entahlah.
Miera nampak terkial sikit nak menulis memandangkan telapak tangannya masih belum sembuh sepenuhnya.
"Tangan kau dah okey ke?" soalku tanpa memandangnya.
Acah acah buat soalan yang dia bagi tadi.
Padahal satu menda pun aku tak faham.
Miera mengangkat kepalanya memandang aku. "Dah okey sikit." balasnya seraya menunjukkan telapak tangannya yang sudah ditampal plaster.
"Siku kau? Okey dah ke?" sambil Miera menjuihkan bibirnya ke arah siku.
"Hahaha, samalah dah okey sikit." balas aku sambil menunjukkan siku aku. Pergh, tak nak kalah!
Okey..
Sekarang aku rasa kekok.
YOU ARE READING
[√] Esok, Aku Janji!
Fanfiction𝚂𝙷𝙾𝚁𝚃 𝚂𝚃𝙾𝚁𝚈 𝙴𝙳𝙸𝚃𝙸𝙾𝙽 Aku, kau, bola dan buku. START : 31 JULY 2020 END : 01 AUGUST 2020