Hari ni hari sabtu.
Selalunya awal pagi ni, aku masih terbaring dengan memeluk patung aku di atas katil.
Disebabkan kes langgar hari itu. Mama paksa aku belajar dengan perempuan tu.
Katanya, perempuan tu budak paling pandai dekat sekolah dia.
Kisah la pula aku dia pandai ke tak pandai.
Huh.
Aku mengayuh basikal kepunyaan Mama, Mama pun menjadi pembonceng di belakang.
Kami berdua dalam perjalanan ke perpustakaan desa tempat Mama bekerja.
Mama memang sentiasa sibuk di perpustakaan tu.
Nak, nak hari minggu macam ni.
Memang ramai dekat situ.
"Kamu berbaiklah dengan Amirah." kata Mama tiba-tiba.
Alis kening aku bertaut agak tinggi. "Siapa pula Amira ni?" soal aku pelik.
"Perempuan yang kamu langgar tu la!" balas Mama dengan mencubit pinggang aku kecil.
"Wui wui, janganlah cubit cubit. Nanti accident lagi." kata aku seraya mengeliat sakit.
Pergh, cubitan ketam Mama ni memang tak boleh dibuat main.
Sakit bukan main kepalang!
"Mama, dah kenal dia lama ke?" tanya aku dengan penuh minat.
Iyalah, semalam pun Mama siap rawatkan luka dia lagi.
Bukan tu je, lama pula bersembangnya. Entah apa yang disembangnya pun aku pun tak faham.
"Kenapa?" eh Mama ni. Kita tanya dia, dia tanya kita balik.
Macam mana nak tahu jawapan.
Yinilah perempuan, kita tanya dia, dia tanya kita balik.
"Lama la juga, Mira tu hari hari datang perpustakaan." kata Mama selepas aku diam agak lama.
"Kalau kamu nak ada girlfriend, carilah macam Mira tu. Baik pun baik, pandai pun pandai juga. Cantik pun cantik."
Ergh, memang menempah maut la jawabnya.
Dah la perempuan tu suka menjeling orang.
Kata muka aku macam ayam penyet pula tu.
Mimpi ngeri la kalau perempuan tu jadi girlfriend aku.
YOU ARE READING
[√] Esok, Aku Janji!
Fanfiction𝚂𝙷𝙾𝚁𝚃 𝚂𝚃𝙾𝚁𝚈 𝙴𝙳𝙸𝚃𝙸𝙾𝙽 Aku, kau, bola dan buku. START : 31 JULY 2020 END : 01 AUGUST 2020