04-

94 25 9
                                    

Aku pandang Mama dengan pandangan sebersalah memandangkan mama sudahpun bersilang tangan ke dada dengan mencerlung tajam ke arah aku.

Iris matanya bersilih ganti memandang aku dan perempuan yang dilanggar aku.

Aduh!

Kesiannya, dah la hari tu kepala dia terkena bola aku.

Hari ni, kena langgar basikal pula.

Aku pembawa malang ke atau dia yang memang malang? Hm

"Janganlah pandang macam tu, Emir tak sengaja la Mama."

"Huh, sengaja ke tak sengaja masalahnya anak orang ni yang luka." kata-kata Mama yang tegas itu menyukarkan aku menelan air liur.

"Ala, bukan dia je luka. Emir pun luka juga. Ha tengok ni kalau tak percaya." serentak aku menayangkan luka aku pada siku.

Pap!

Satu hempukan dihadiahkan kepada kepala aku, aku pandang perempuan tu.

Dia tersenyum mengejek diiringi dengan mata yang seolah mahu berkata pada muka kau.

Mama yang sudah mengorak langkah pergi mengambil first aid dipandang aku dengan sayu.

"Lain kali, kalau tak reti bawa basikal tak payah bawa basikal." perlinya sedas.

Aku memandangnya dengan pandangan tak puas hati. "Mulut tu jaga sikit eh, aku ni paling handal bawa basikal okey dekat kampung ni. Kau apa tahu?"

"Ouh iya? Kalau paling handal tak akan la sampai nak langgar orang." balasnya dengan jelingan.

Eh eh eh,

Kau ingat kau sorang je ke reti nak menjeling orang ha?

"Apa jeling jeling, korek biji mata kau tu kang." bentak aku kecil.

"Dah la rambut kelapa." katanya mengejek.

Rambut kelapa?

Ini memang nak dibawa gaduh ni.

"Eh kau ni kang, elok elok luka dekat tapak tangan ngan lutut. Aku langgar kau lagi karang, nak?" soal aku sedikit dingin.

"Muka dah ah macam ayam penyet, cakap menyembur pula tu."

Aku menarik nafas dalam, menahan diri nak memaki perempuan ni.

Kalau tak kerana aku bola dan basikal, tak adanya aku nak berlembut dengan perempuan mulut macam dia ni.

"Ha, ni kenapa gaduh gaduh ni?" soal Mama selepas menghampiri kami berdua.

"Eh, manada. Tak gaduh pun kan?" soal aku pula kepada perempuan tu dengan mata dijegilkan.

"Acik, tengok anak acik ni. Dia ugut ugut pula."

Dahlah, memang aku nasib malang agaknya.

Kenapalah perempuan ni tak bisu? Aman sikit hidup aku.

[√] Esok, Aku Janji!Where stories live. Discover now