Awan gemawan yang tergantung indah dilangit langsung tak membuatkan aku tertarik.
Bibir aku melepaskan satu keluhan kecil lalu iris mataku memandang ke arah bola yang berada di tepi kaki.
"Argh!"
Bola yang tidak bersalah itu disepak sekuat hati.
Aku lihat, bola itu sudah terbang tinggi seolah hampir sahaja mahu terkena awan putih.
Haih, Yoongi
Iya iya je kau ni. Beria
Bibir aku serta merta tersungging senyuman bangga ketika melihat bola yang disepak aku itu terbang tinggi.
Rambut yang menutupi dahi, aku raup ke belakang. Membiarkan angin sepoi sepoi bahasa menampar halus dahi aku yang tak berapa luas ni.
Secara refleks iris mataku masih lagi tertacap pada bola tinggi itu sehingga baru aku sedar bahawa bola itu bakal mendarat.
Tetapi..
Pada tempat yang tak sepatutnya...
"Woi perempuan! Ketepi! Bola tu nak jatuh dekat kau!" laung aku kuat separa menjerit tetapi perempuan tu langsung tak berganjak dari kerusi panjang kayu itu.
Malah kelihatan benar-benar kusyuk dengan apa yang dibacanya itu.
Dalam dua saat kemudian, gadis itu menangkat kepalanya menghadap aku dengan wajah yang terpinga-pinga.
Barangkali tidak mendengar apa yang aku jeritkan tadi, sebab lagipun perempuan tu pakai earphone.
"Adoi!"
Aduh gadis itu seraya memegang kepalanya setelah bola yang disepak kuat oleh aku mendarat kuat di tengkorak kepalanya.
Rahang aku terbuka luas, mulut aku ditutup dengan sebelah tapak tangan.
"Auch, mesti sakit do." kata aku serentak berlari anak ke arahnya.
Gadis itu masih lagi memegang kepalanya kuat. Aku pula dengan perasaan sebersalah semakin menebal mula bersuara.
"Kau okey? Maaflah aku tak sengaja." ucap aku sebersalah seraya mahu menyentuh bahu gadis itu.
Tapi dia lebih awal lagi menepis kasar serta menghadiahi satu jelingan maut.
"Amboi garangnya." kata aku.
Perempuan itu terus bangun, lalu pergi meinggalkan aku tanpa berkata apa-apa kecuali hanya menjeling tajam
Aku yang pada mulanya terpinga-pinga dia pergi begitu sahaja mula melaung kuat apabila dia sudah jauh meninggalkan aku.
"Hey tunggu! Sebelum tu apa nama kau? Nama aku Emir!"
Tapi perempuan tu langsung tak menoleh.
Aku mencebik kecil. "Takpelah, aku bersangka baik jelah. Mungkin dia bisu."
YOU ARE READING
[√] Esok, Aku Janji!
Fanfiction𝚂𝙷𝙾𝚁𝚃 𝚂𝚃𝙾𝚁𝚈 𝙴𝙳𝙸𝚃𝙸𝙾𝙽 Aku, kau, bola dan buku. START : 31 JULY 2020 END : 01 AUGUST 2020