09-

74 23 8
                                    

"Siapa yang benarkan kamu keluar daripada pasukan bola sepak?"


Pertanyaan dingin yang terpancul daripada Sir Azman itu sedikit membuatkan aku terasa cemas.


Lama juga aku berfikir untuk memberi jawapan yang selamat.


"Kamu pekak ke? Siapa yang benarkan?!" soalnya lagi dengan suara sengaja dikuatkan.


"Mama." balas aku.


Tersentak Sir Azman selepas aku tanpa berbasa basi mengatakan bahawa Mama la yang membenarkannya.


Anak mata Sir terkebil-kebil seolah tidak percaya dengan jawapan aku.


"Betul! Mama saya yang tak bagi, dia marah marah suruh keluar daripada pasukan." ujar aku bersungguh lagi.


Yelah, kang tak pepasal dia kata aku budak kecil pula.


"Kamu dah 16 tahun tak kan nak ikut cakap mama kamu lagi?" Sir Azman tersenyum mengejek seolah nak berkata aku ni anak mak.


"Nak buat macam mana, syurga kan dibawah telapak kaki ibu." balas aku seraya mengangkat bahu.


Buat kali kedua, Sir Azman agak terkesan dengan jawapan aku.

Apa?

Betul la kan?

"Dahtu, siapa yang nak ganti kamu? Dah la kamu tu ketua pasukan!" suara Sir Azman sedikit berangin, pelipis dahi diurut kasar.

Sakit kepala la tu.


"Tak tahu, ramai je lagi yang lagi berbakat dan berdedikasi daripada saya."


Sir Azman menongkat dagu di atas meja. "Tak boleh ke kamu pujuk mama kamu tu?" soalnya lagi.


"Dah tapi mama makin marah adalah. Kalau degil, dia suruh saya tidur dekat reban ayam."


Terus bertepuk dahi Sir Azman mendengar jawapan aku.

[√] Esok, Aku Janji!Where stories live. Discover now