Orang di sekeliling berjalan pantas berlawanan arah dengan aku. Sekarang kan waktu orang balik kerja. Aku tiba di kedai buku Kazuko tepat pada pukul 6 petang.
Nafas aku tarik sedalam yang mungkin sebelum menghembus. Aku ulang sebanyak 3 kali. Cukup untuk aku buang rasa penat dan gemuruh.
Bunyi penggera kedai ini berbunyi sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kedai. Sunyi. Itu saja yang aku boleh ungkapkan tentang suasana kedai ni.
Nak kata tutup, ada papan tanda 'open' dari luar pintu. Mungkin tak ada pelanggan lagi kot. Anak mata aku terus meliar mencari pekerja di dalam kedai ini.
'Tak akanlah pekerja pun tak ada. Lain macam dah ni.' Aku merungut di dalam hati.
Hampir 2 minit aku berlegar-legar di dalam ruangan kedai ni. Kalau nak diikutkan, mahu saja aku give up tetapi memikirkan balik kebosanan hidup yang bakal aku tempuhi sepanjang papa dan mama melancong ni, tambah-tambah pula ada adik yang buat rumah macam hotel, memang taklah aku nak give up.
Dalam sedang aku mencari-cari, tiba-tiba bahu aku disentuh sepasang tangan yang sejuk. Naik bulu roma aku dibuatnya.
"Cari apa.. ya?"
Aku ingatkan hantu tadi!
"Ah s-saya.. nak tanya, sini ada kerja kosong tak?" Aku menyoal tergagap-gagap.
"Kerja kosong..." balas wanita berumur lingkungan 70 tahun ini.
Tolonglah. Tolonglah. Tolonglah cakap ada.
"Ada. Ada.. Awak datang tepat pada waktunya. Mari kita bincang dekat kaunter depan.. Hehe..." sambung wanita itu.
Senyuman aku naik hingga ke telinga sebaik saja mendengar jawapan dari wanita berusia ini.
Aku mengikuti langkahnya ke kaunter hadapan. Laju betul dia jalan. Tapi tak kisahlah, penat lelah aku mencari akhirnya membuahkan hasil.
"Here we go." sorak aku perlahan.
YOU ARE READING
[C] never last.
Short StoryBuat yang nak cari kerja nanti, hati-hati tau... [Penggunaan bahasa yang santai dan tidak terlalu baku.]