Lengan di bawa turun ke sisi badan. Mulut asyik menggunyah mi segera di dalam mulut.
"Jangan lambat.. Lusa.. Lusa masuk kerja. Shift 12 tengah malam sampai 12 tengah hari..."
Kuah mi segera aku hirup. Teringat pula pesan nenek merangkap boss aku semalam. Despite of cara dia bercakap agak menyeramkan tapi aku percaya dia OK je sebenarnya.
Dah tua kan, cakap banyak mesti mengah. Tu yang cakap lambat dan agak tak tersusun.
Cuma aku rasa kelakar, kedai ni satu je yang buka 24 jam dekat pekan ni. Ada ke orang nak datang malam-malam buta beli buku? Tak faham aku orang otak bisnes ni.
"Nanti... dengan Taehyung... kerja.. sama-sama."
Cerita tentang Taehyung, aku curious satu benda tentang mamat ni.
Semalam lepas aku dapat kerja, aku tawaflah satu book store tu sebab ingatkan nak beli buku untuk sekolahkan adik aku yang macam tak pergi sekolah tu, Jeon Jungkook.
Lepas aku pilih buku, aku bawa buku tu ke kaunter. Yang menjaga kaunter tu seorang lelaki yang boleh tahan kacak jugakla. Rambut coklat, mata hitam, hidung mancung.
Aku dengan muka tak malunya menegur dia kerana beranggapan yang dia ialah Taehyung.
"H-hai." aku tegur.
Memandangkan dia tak jawab, aku menyambung.
"Saya Haerin."
Wajah aku lansung tak dipandang. Soalan juga tidak dibalas.
"Awak Taehyung eh? Saya pekerja baru dekat kedai ni. Lusa saya mula bekerja. Nice to meet you."
Bila aku cakap saja yang aku ini pekerja baru di kedai ini, dia terus berhenti daripada scan tanda harga buku-buku yang aku nak beli. Perlahan-lahan dia angkat muka dan pandang aku.
Lama juga dia tenung muka aku. Ekspresi mukanya juga susah untuk ditafsir. Aku tak naklah buat spekulasi sendiri.
"Ehem."
Deheman aku buatkan 'lamunan' dia (mungkinlah dia tengah mengelamun) terhenti. Dia menyambung scan barang-barang aku semula.
"11275.92 KRW (RM40)." Suara garaunya bergema di gegedang telinga aku. It gives me chill.
Tanpa membuang masa, aku terus bayar dan keluar dari kedai.
"Belagak. Ingat hensemlah tu. Macamlah aku nak try dia. Dengan choker sakai macam tu dekat leher. Ingat ni tahun 2017 ke?"
Itulah ayat pertama yang aku hamburkan sebaik saja aku keluar dari kedai. Meluat.
Aku tongkat dagu. Aku curious kenapa dia macam berat mulut nak bercakap? Reaksi muka pula usah ditanyalah.
Tapi.. mata dia... macam nak beritahu aku sesuatu.
YOU ARE READING
[C] never last.
Short StoryBuat yang nak cari kerja nanti, hati-hati tau... [Penggunaan bahasa yang santai dan tidak terlalu baku.]