Aku mengangkat jari telunjuk menunjukkan tanda 'satu'.
"Peppermint mocha frapucino satu."
Chewing gum di dalam mulut aku keluarkan. Aku balut dengan plastik kemudian buang ke dalam tong sampah.
Selepas selesai membuang chewing gum, aku datang semula ke kaunter untuk mengambil air yang aku pesan.
Apabila aku menoleh untuk bergerak keluar dari cafe, aku ternampak sekumpulan budak lelaki sedang duduk berkumpul di meja.
Salah seorang daripada mereka adalah lelaki aneh yang mengintai kedai buku Kazuko dan beri pesanan pelik dekat aku tempoh hari.
Yang buatkan aku semakin keliru apabila adik aku, Jeon Jungkook turut bersama lelaki itu. Apa hubungan dia dengan lelaki asing itu?
--
Jaket oversize yang tersarung aku betulkan. Sejuk betul malam ni. Menyesal pula bantai order air berais. Aku berjalan masuk ke dalam kedai buku. Lagu di handphone aku ubah kepada lagu yang lebih rancak. Earphone dicucuk ke dalam lubang telinga.
Masuk-masuk saja, iris mata aku tertacap pada section rak buku yang sering menjadi tempat persinggahan Taehyung. Air mocha aku hirup dan langkah dipercepatkan.
Buku yang sering dipegang Taehyung menjadi tatapan.
<Never Last>
Hurm, tajuk boleh tahan. Ini mesti sad romance ni. Anak mata aku melurut mencari nama penulisnya.
Kosong. Tiada nama penulisnya. Perasaan ingin tahu aku semakin membuak-buak.
Cawan mocha aku letak di atas lantai. Tangan yang basah aku lap pada seluar. Tanpa membuang masa, buku itu aku ambil.
Belek punya belek. Muka surat berganti muka surat aku selak. Hanya baca sepintas lalu.
"Boring je."
Buku itu aku tutup dan aku letakkan semula ke tempat asal. Air yang berada di lantai aku capai semula. Lagu black swan yang aku mainkan di telefon juga sudah hampir tamat.
Aku meneruskan meneroka buku-buku lain yang berada di rak buku.
Langkah aku terhenti apabila aku terlihat Taehyung yang sedang duduk memeluk lutut. Sebelah earphone aku cabut.
Tangisan kecil milik Taehyung kedengaran di corong telinga aku.
Dah kenapa dengan dia?
YOU ARE READING
[C] never last.
Short StoryBuat yang nak cari kerja nanti, hati-hati tau... [Penggunaan bahasa yang santai dan tidak terlalu baku.]