+9

174 57 16
                                    

"Untuk keselamatan kau! Lari! Lari sebelu-"

Ayat terakhirnya tergantung. Tak sempat dia dia menghabiskan ayat terakhirya. Dia tersemban menggelupur di atas lantai sambil menarik choker di lehernya. Sedaya upaya dia cuba untuk menanggalkan gelang leher itu seperti kucing yang tidak suka dengan rantai di lehernya.

Malangnya, choker itu semakin menjerut lehernya. Wajahnya merah. Dia meronta ke kiri dan ke kanan sambil tangannya masih lagi mencuba untuk menanggalkan gelang leher itu.

Aku terkelu. Belum sempat aku mampu membuat apa-apa, serta merta kepala Taehyung terputus dari pangkal badannya dan bergolek ke arah aku.

Darah yang memancut-mancut dari leher Taehyung membuatkan aku menjerit kuat.

"AHHHH!!"

Aku gagahkan jua diri untuk bangun walaupun lutut seakan tidak mahu memberi kerjasama. Aku cuba melarikan diri keluar dari kedai buku itu tetapi wanita tua merangkap boss aku sudah menunggu di depan pintu.

Aku memeluk wanita itu dalam ketakutan. Badan aku menggigil hebat. Air mata yang berjurai-jurai akibat ketakutan dibiarkan mengalir.

"T-Tae-"

"Shh..Shh..."

Dia mendakap semula tubuh aku erat. Rambut aku dibelai dengan penuh kasih sayang.

"Dia.. dah tak berguna.. Balasan untuk orang tak setia... Pilihlah.."

"Diam... atau... sengsara.."

Aku meronta minta dilepaskan. Semakin aku memberontak, semakin erat aku didakap. Aku mengambil inisiatif lain dengan menumbuk wajah mak cik tua ini.

Aku sendiri terkejut dengan tindakan berani aku. Namun, every action has consequences. Tiba-tiba pergelangan tangan kiri aku yang tersarung gelang pemberian wanita ini terasa sakit. Sakit yang amat seperti dicengkam habis oleh gelang itu.

Aku merintih. Menjerit sekuat hati menahan sakit. Saat berganti saat, tangan aku turut menerima nasib seperti kepala Taehyung.

"Jangan.. mimpi..." ujar wanita iblis itu.

[C] never last.Where stories live. Discover now