+6

171 59 3
                                    

Gambar papa dan mama yang tersiar di dalam handphone aku tenung. Rindu pula dengan mereka ni.

Dalam kesyahduan melayan perasaan, bahu aku ditepuk seseorang. "Haerin.. aunty ada.. belikan hadiah untuk haerin.."

Aku mencabut sebelah earphone aku dan melihat wajah orang yang menepuk bahu aku.

"Ha?"

"Hadiah.. untuk Haerin.." dia mengulang.

"Eh, kenapa beli hadiah untuk saya pula?"

"Saja.. Macam anak.. Haerin dah macam anak sendiri.."

Sungguh aku cakap, aku terharu. Wanita tua itu menghulurkan kotak pandora kepada aku.

Mata aku membulat. Siapa sangka boss sendiri akan hadiahkan pekerja dia barang kemas pandora? Aku ingatkan hadiah macam belanja makan ke apa.

Kotak itu aku buka. Seutas rantai berkilau menjadi hidangan mata.

"Ambillah."

"Tapi-"

Belum sempat aku habiskan ayat, rantai itu sudah dicapai oleh wanita itu. Dia menawarkan diri untuk memakaikan di batang leher aku.

"T-terima kasih."

Itulah hadiah pertama yang aku terima daripada boss aku sendiri sebelum dia berikan aku hadiah kedua pula iaitu gelang tangan.

Aku jadi semakin terhutang budi dengan wanita ini. Tak sampai hati pula mahu berhenti bekerja nanti.

Agaknya choker di leher Taehyung tu pemberian dia juga kot. Iyelah, Taehyung tu kan anak angkat wanita ini.

Sambil-sambil aku dipakaikan rantai leher, aku mencuri pandang ke arah Taehyung yang sedang asyik menyusun dan membelek buku. Sudah 4 hari aku lihat dia asyik susun buku yang sama. Apa yang spesialnya buku tu?

Aku membuang pandangan ke luar. Di luar,
lelaki aneh tempoh hari merenung tekun ke dalam kedai ini. Memerhatikan Taehyung.

Tak lama kemudian, lelaki asing itu berlalu.

[C] never last.Where stories live. Discover now