+4

190 59 3
                                    

Odd. Itu apa yang aku rasa selepas aku terima pelanggan aku yang pertama.

"Semua sekali 16913.88 KRW (RM60). Encik nak resit?"

Hari pertama aku bekerja. Tak sangka pukul 12 tengah malam pun ada yang sanggup datang kedai ni beli buku. Bibliophile ke psycho tu?

"Terima kasih, datang lagi."

Aku terus menguap selepas pembeli itu keluar dari kedai. Jam 12 ni sepatutnya aku dah landing atas katil buat taik mata. Tapi tak apalah, petang nanti boleh tidur.

Sementara menunggu pelanggan lain untuk masuk, aku merayau dari satu rak ke satu rak yang lain.

Ada rakan sekerja pun tak dilayan. Aku tanya sepatah pun tak nak jawab. Tapi kali ni, aku cuba juga untuk berborak dengan dia.

Aku boleh mati kebosanan kalau hari-hari macam ni.

"Taehyung. Kedai ni memang tak ada speaker eh? Kalau ada, kita boleh buka lagu. Rancak-rancak sikit. Tak adalah mengantuk." aku berseloroh. Cuba untuk membuka topik.

Seperti biasa, dia tidak menjawab mahupun memandang aku. Dia ralit menyusun buku baru ke dalam rak.

"Sombong." aku berkata jujur.

Pergerakkannya semakin perlahan. Mungkin terkesan dengan ayat pedas aku.

"Awak memang jenis belagak eh?" Soalan aku semakin berapi mencucuknya.

"T-tak..." jawabnya sepatah.

"Tak? Habis tu kenapa tak jawab setiap kali saya tanya?" aku menyoal lagi.

"Sakit tekak.. Dia sakit tekak.."

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara boss. Entah dari mana boss aku datang, tiba-tiba mencelah. Takut aku dibuatnya.

"Hari.. pertama bekerja.. macam mana?" soal wanita tua dengan ayat tunggang-langgang.

Aku sangkakan itu soalan pertama dan terakhir yang dia akan tanya. Tak sangka pula kami akan berborak panjang sehingga 4 lagi.

Ternyata aku betul, dia nampak je agak menakutkan pada permulaan. Tapi sebenarnya dia baik.

Perbualan malam itu menjadi punca hubungan kami berdua semakin akrab.

[C] never last.Where stories live. Discover now