Sekarang aku faham kenapa Taehyung selalu membisu.
Perempuan zalim itu. Perempuan itu puncanya.
Hanya kerana mahukan teman.
Taehyung dijadikan haiwan peliharaan. Tidak diberikan kebebasan untuk bercakap lansung apetah lagi bersosial.
Dipaksa untuk tinggal di kedai buku ini untuk menjadi temannya. Penderaan mental diberi.
Kini Taehyung sudah tiada. Aku pula menjadi mangsa. Wanita itu memang iblis!
"Hey, nama apa?"
Aku tidak menjawab. Bukan tak mahu. Tak boleh..
Setiap kali aku bersuara, rantai di leher aku ini menjerut leher aku sedikit demi sedikit.
Buku yang dibelinya aku masukkan ke dalam plastik menggunakan sebelah lagi tangan aku yang masih selamat.
"Nama saya Jimin. Saya pekerja baru dekat kedai ni."
Pergerakkan aku terhenti. Aku memandang mukanya.
Tamat.
Tamat?
Jangan mengarut.
YOU ARE READING
[C] never last.
Short StoryBuat yang nak cari kerja nanti, hati-hati tau... [Penggunaan bahasa yang santai dan tidak terlalu baku.]