4 TAHUN LEPAS
Aku berjalan menuju ke rumah. Mari aku perkenalkan diri aku. Nama aku Bang Chaeyoung, 16 tahun. Well, aku masih bersekolah. Memang pon. Aku selalu balik sekolah akan singgah kat satu kuil untuk berdoa.
Hari ni. Lepas sekolah, aku pon singgah di kuil yang sama. Aku masukkan koin ke dalam tabung (meina tak tau apa nama specific dia. Heheheh sowwy) lalu berdoa.
"Tolong tuhanku, aku berdoa agar aku berjaya dalam pelajaran dan pada waktu yang sama...." Aku memandang ke arah patung kucing yang berdiri megah di situ. Namanya manekineko. Meow~
"Aku nak ditemukan dengan lelaki idaman aku... tolong..." kata aku sambil berdoa. Selepas selesai berdoa, aku pon berjalan pulang. Sedang aku berjalan, ada getaran di dalam pocket aku. Aku mengeluarkan phone dari pocket aku.
Oh? Ada unread message. Dari oppa?
Aku mendengus.
"Yelah aku nak balik la ni. Ishhhh dasar mamat Aussie." Bebel aku sendirian. Hmmm cakap orang Aussie, aku pon Aussie jugak.
Sedang aku berjalan, tiba ii aku ternampak seorang nenek tua sedang membongkok sambil meneran kesakitan. Aku terus mendapatkannya.
"Nek, nenek tak apa ii?" soal aku. Tiba ii, nenek itu rebah ke atas jalan. Aku terus panik.
"Nek! Nenek tak apa ii? Nenek??" soal aku. Aku terus mengambil scarf yang ada di dalam beg aku lalu membalut di seluruh lehernya. Aku terus panik.
"Apa harus aku buat? Cpr?" aku ingin membuat tekanan kat dada.
"Alamak, aku lupa pulak cara dia..." aku terus memerhati keadaan sekeliling. Kot ii la ada orang yang pakar dengan benda ni.
"Tolong!! Ada sesiapa kat sini? Tolong!! Jebal..."
Aku tak sedar yang air mata aku mengalir. Tiba ii, aku mendengar ada suara.
"Kenapa tu?" aku mencari kelibat suara itu. Kelihatan ada seorang lelaki sedang berjalan ke arah sini.
Aku terus diam kaku. Siapa mamat ni? Aku tak pernah nampak dia sebelum ni? Dia terus mendapatkan aku dengan nenek itu.
"Puan, puan tak apa ii? Puan boleh dengar saya? Siapa nama dia?" soalnya. Aku mencari ic yang ada di dalam dompet dia.
"Lee Shin Yeong." Kata aku.
"Puan Lee Shin Yeong? Boleh dengar saya?" soal dia lagi sambil membuat cpr. Lelaki itu menoleh ke arahku.
"Call ambulance sekarang." Katanya. Aku mengangguk lalu call ambulance dan memberikan maklumat kepada mereka. Setelah selesai, aku terus diam kaku. Aku tak tau nak buat apa sekarang ni. Mata aku meliar ke seluruh jalan tar, tiba ii aku ternampak ada satu ubat jatuh di situ.
"Encik, ni ada inhaler jatuh dekat sini." Kata aku. Dia terus menoleh kearah aku.
"Bagi saya." Kata dia. Aku mengangguk lalu memberikan inhaler tersebut kepada dia. Dia terus membuat operasi kecemasan sementara menunggu ambulance tiba.
Setelah beberapa minit kemudian, ambulance telah tiba.
"Pesakit ada menghidap kegagalan jantung. Dia jugak ada menghidap asma pada masa yang sama." Kata lelaki itu pada pengawal ambulance itu.
"Adakah encik ini..." kata ii pengawal ambulance itu berhenti. Lelaki misteri itu hanya tersenyum.
"Saya Kim Seungmin, doktor pakar di Seijou Private Hospital. Boleh hantar pesakit itu ke hospital itu dan team kami akan merawat dia." Kata lelaki itu. Aku yang hanya berdiri kaku di belakang hanya membulatkan mata.
Seijou Private Hospital? Hospital... milik... keluarga aku?
"Kalau macam tu, encik ikut kami..." kata pengawal itu. Lelaki yang bernama Seungmin itu hanya mengangguk.
"Urmm.." aku cuba bersuara. Dia menoleh kearah aku lalu berjalan kearah aku.
"Urmm awak doktor pakar kat Seijou Private Hospital?" soal aku. Dia hanya mengangguk.
"Yup... ohh lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Kim Seungmin. Terima kasih sebab dah beri bantuan." Kata dia. Aku terus menggeleng.
"Tak... saya yang patut terima kasih pada doktor..." kata aku lalu bowed. Tiba ii ada tangan yang mengusap di kepala aku.
"Tak jadi masalah. Awak dah membantu untuk panggil bantuan jugak." Kata dia lalu membalut leher aku dengan scarf yang aku bagi kat nenek itu tadi.
Aku tak sedar bila muka aku merah ni? Aku memandang ke arah dia dan dia hanya tersenyum.
"Terima kasih." Kata dia lalu berjalan untuk naik ke ambulance. Aku hanya diam sambil memerhati ambulance itu pergi menjauh.
Aku terus memandang ke arah langit.
"Tuhan, kau dah makbulkan doaku!! Terima kasih!!"
Aku terus bergegas pulang ke rumah. Aku dah bertekad yang aku akan berusaha dan aku dah nampak masa depan aku.
"Aku akan jadi nurse! Diiiiiiiiii SEIJOU PRIVATE HOSPITAL!" jerit aku di dalam hati. Aku harap ini ialah permulaan yang bagus.
──────⊹⊱✫⊰⊹──────
Amacam chapter 1? Okay tak?
Ni baru permulaan ya teman ii! Next episode baru dah nak start gempak ii sikit so stay tuned:)
YOU ARE READING
「 C 」KSM FF; ❛❛Sweet But Devil❜❜
FanficBang Chaeyoung ialah seorang perempuan yang baik dan penuh semangat. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang jururawat di Seijou Private Hospital. Dia bercita-cita untuk bertemu kembali dengan Kim Seungmin, seorang lelaki yang pernah dia crush on se...