Jantungnya seperti ingin tercabut terus kerana berdegup terlalu kencangnya , sistem pernafasan mula menjadi tidak teratur dan tercunggap-cunggap , anak mata sudah terbuka luas tatkala dia ternampak seekor raksasa yang agak mengerikan berdiri tepat dihadapannya . Perlahan-lahan sihyoun mengundur-undurkan dirinya cuba untuk berjauhan daripada makhluk mengerikan itu . Bulu romanya mula naik akibat ketakutan yang tidak dapat dipulihkan semula . Air matanya mula mengalir keluar membasahi wajahnya , makhluk mengerikan itu sekadar merenung setiap inci tubuhnya dengan wajah biasa namun masih nampak seram macam hantu .
" S—siapa kau ? " sihyoun memberanikan dirinya untuk bertanya kepada makhluk yang berdiri dihadapannya . Terketar-ketar kakinya ingin mengundur ke belakang . Sungguh dia langsung tak pernah nampak mahkluk seperti ini seumur hidupnya melainkan filem-filem yang kerap dia tonton , dan inilah kali pertama dia melihat dengan anak mata sendiri .
"—j.. Jangan apa-apa kan aku , aku hanya manusia biasa saja .. Daging aku tak sedap untuk makanan kau .. " kata sihyoun dalam nada terketar-ketar akibat ketakutan yang teramatnya . Dia mengundur ke belakang sehingga lah tubuhnya bertembung dengan dinding . Sekarang , dia sudah tiada tempat untuk ditujui kerana makhluk hodoh itu makin lama semakin menghampiri ke arahnya . Sihyoun mula cemas . Mungkin inilah penamat hidupnya . Matanya dipejam rapat menunggu takdir yang akan menimpanya . Jantungnya masih berdegup kencang , didalam hati tidak henti-henti berdoa agar dia dapat menjalani kehidupan yang lebih lama .
" kenapa kau ke sini ? " makhluk tersebut mula bersuara , terus sihyoun membuka kelopak matanya semula . Dia tak silap dengar kan ? Mahluk ngeri ini boleh bercakap ? .. Amat menakjubkan ..
" A—aku ? Manalah aku tahu macam mana aku boleh berada dekat tempat ni .. Sepatutnya sekarang aku berada didalam bilik .. Siapa pula yang bawa aku ke sini ?"soalan dibalas dengan soalan , sihyoun memang berasa bingung sekarang . Bagaimana dia boleh berada dekat tempat begini ? .. Lebih lagi , bertemu dengan makhluk yang amat mengerikan saja .
" engkau orang daripada kayangan yang tiba-tiba masuk dalam dimensi ni ? "
" Ahh ? " penuh dengan tanda tanya kotak fikiran sihyoun , dia berada dekat dimensi lain ? Ini bermakna ... Dia sekarang berada dekat dunia lain dan bukannya dibumi ... Fikir sihyoun didalam kotak fikirannya . Arghh , rindu kampung halamannya di Pohang .
" hurmm—aku nak balik semula dekat dunia aku ! Hiksss .. Macam mana aku boleh masuk dekat sini ? Eomma appa ! Taeil oppa ! Aku rindu korang semuaaa !"sihyoun menunduk wajahnya , air mata tidak henti-henti mengalir keluar . Hatinya berasa amat sebak , mungkin keluarganya juga risau akan kehilangannya yang secara tiba-tiba . Makhluk dihadapannya itu sekadar merenung lama gadis dihadapannya yang tersedu-sedan menangis .
" wooyoung san ! Ke sini sekarang ! "
Dalam sekelip mata sahaja , munculnya dua orang lelaki yang bernama wooyoung dan san .