09 :: mirrOr

34 18 0
                                    

Sihyoun bersandar pada dinding yang usang dengan keadaannya yang agak lemah kerana dia masih belum makan malahan wajahnya sudah pucat lesu tanpa minuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sihyoun bersandar pada dinding yang usang dengan keadaannya yang agak lemah kerana dia masih belum makan malahan wajahnya sudah pucat lesu tanpa minuman . Takkan mereka tak nak bagi dia minum ataupun makanan  , perutnya sudah berbunyi-bunyi minta diisi makanan  . Nak buat bagaimana lagi  , dia terpaksa menahan diri daripada berlapar  .

Pandangannya sudah tidak seberapa jelas lagi , hanya kelihatan samar-samar sahaja  . Sunyi menyepi  . Tiada apa-apa yang boleh dia lakukan sekarang  , nak keluar daripada sini pun dia tak tahu bagaimana caranya  . Langsung tiada idea-idea yang muncul dalam kotak fikirannya.  Yang dia fikir hanyalah takdir pengakhiran dia disini  . Kemungkinan  , dia akan mati kelaparan dan kehausan  .

Hatinya tidak henti-henti berdoa agar ada seseorang dapat menolong dia keluar daripada tempat yang bagaikan neraka baginya  .

Krittt  !

Gegendang telinga milik sihyoun terdengar bunyi pintu penjara dibuka oleh seseorang tetapi yang malangnya  , dia tak dapat melihat lebih jelas wajah orang itu kerana pandangan dia sudah samar-samar  . Yang dia nampak adalah kelibat seseorang menghampiri ke arahnya  .

" bangun  , kami daripada to moon's town  .. Kau manusia kena bergegas ke penghimpun
.. Mereka semua sudah menunggu kau disana  " kata orang itu lalu dia mengangkat tubuh sihyoun bangkit berdiri  , sihyoun akur saja . Dia dah lemah dan tak boleh nak buat- apa-apa  . Hatinya tertanya-tanya apakah yang mereka akan lakukan terhadapnya ?

Sihyoun membiarkan saja dirinya dipimpin oleh mereka  . Berkali-kali dia memejamkan matanya untuk memberi penglihatan menjadi jelas semula  , wajahnya pucat , lesu dan selekeh  . Habis kotor pakaiannya disebabkan berbaring ditempat yang kotor dan lembap  .

" jangan apa-apa kan dia  , kalau korang dekat  .. Kau akan mati  " munculnya seseorang lelaki dihadapan mereka  , menghalang pergerakkan mereka  . Telinga milik sihyoun terdengar akan suara yang amat dia kenali  , lalu dia cuba menongkat dagunya memandang insan tersebut.

" y—yeosang  " perlahan sihyoun menyebut nama lelaki yang muncul dihadapannya  .

" lepaskan dia sebelum korang mati disini  " ugut yeosang seraya untuk mereka melepaskan gadis itu  .

" tak  , ini arahan daripada tuan kang  .. Kami tak boleh buat begitu  , nanti mereka akan bunuh kami  .. Kami hanya orang bawahan saja .. Kami akan ikut arahan daripada tuan kang seungsik saja  " terang lelaki tersebut  , makin erat dia memegang lengan sihyoun  . Tidak mahu melepaskannya  .

" aku dah cakap lepaskan dia  , kenapa kau degil sangat  .. " tiba-tiba diri yeosang bertukar kepada makhluk yang amat mengerikan  , sihyoun yang melihat itu terus memejamkan matanya  . Tidak sanggup dia ingin melihat  .

Trakk  ! Chakkk  !

Sihyoun dapat rasakan ada percikkan cecair telah mengenakan wajahnya  . Apakah yang sedang berlaku  ? Kenapa dia terdengar bunyi orang jatuh  ? Dan juga dia terdengar suara orang merintih kesakitan kemudian terus terdiam  . Sihyoun nak buka mata ingin melihat suasana yang berlaku tu namun ada tangan seseorang telah menutup matanya daripada terbuka  .

【C】The Mirror :: i will back Where stories live. Discover now