" cermin ? " sihyoun mula berasa hairan , terdapat banyak cermin-cermin didalam sekeliling bilik itu . Kelihatan bayangannya sudah terpapar didalam cermin , tetapi .. Dia pelik apabila bayangan mereka bertiga tidak kelihatan didalam pantulan cermin itu hanya dia seorang saja yang terpantu . Pelbagai tanda tanya yang mula timbul didalam diri sihyoun , mengapa mereka tiada dalam cermin ?
" hongjoong hyung " panggil wooyoung setelah mereka sudah masuk ke dalam bilik itu , pintu bersaiz besar itu terus tertutup rapat dengan sendirinya tanpa sesiapa pun yang sentuhnya .
" oh , siapa pula yang korang bawa ni ? " munculnya seorang lelaki yang ketinggian agak pendek daripada tiga lelaki itu dengan rambutnya berwarna biru sedang berjalan menuruni anak tangga satu per satu ingin menghampiri ke arah sihyoun .
" dia manusia yang termasuk didalam demensi ini " jelas yeosang sambil matanya memandang figura sihyoun dibelakangnya . Hongjoong sekadar mengangguk-angguk dengan penjelasan ringkas yeosang .
" manusia , siapa nama kau ?"soal hongjoong .
" Moon Sihyoun " balas sihyoun memperkenalkan namanya kepada lelaki yang dikenali hongjoong itu.
" engkah tahu , yang kau sekarang berada di alam mana ? Adakah kau sudah tahu ?"soal hongjoong sambil memeluk tubuhnya menghadap sihyoun yang kurang sama tinggi dengannya namun dia masih tinggi sikit .
" t—tak " balas sihyoun dengan gelengan kepala , dia pun buntu bagaimana dia boleh muncul dekat sini dan berjumpa dengan lelaki-lelaki itu .
" wonderland 's world .Merupakan alam yang penuh dengan keanehan dan luar biasa , benda yang kau tak pernah lihat semuanya akan dilihat dihadapan anak mata kau sendiri .. Tetapi , kau jangan berasa takut dengan kami semua—kami hanyalah orang dikota atiny's town yang baik hati"
" kami baik orangnya—" jelas hongjoong panjang lebar . Sihyoun tercengang dan sememangnya dia kurang faham .
Lalu munculnya ramai lelaki dihadapan sihyoun , sihyoun terkejut akan kemunculan mereka seperti dia tengah menonton persembahan magik . Diorang muncul secara tiba-tiba pula tu . Memang andaiannya mengatakan mereka semua bukan lah manusia seperti dia . Anak matanya silih berganti melihat empat orang lelaki yang berwajah kacak-kacak belaka , dia terpegun seketika. Tak sangka mereka begitu kacak seperti seorang idol yang dia amat minati .
" awak sihyoun saya jeong yunho .. Wah ! Cantiknya dia ni .. Nak jadi peneman sehidup saya tak ? " tawar lelaki yang tinggi lampai dengan rambut kemerahan cair tuh bernama jeong yunho . Dia menghulurkan tangan bersama dengan senyuman lebar . Sihyoun teragak-agak saja , adakah dia patut balas senyuman itu ? Kekok yang amatnya .
" tak payah goda manusia ni "halang lelaki yang berambut putih atau lebih dikenali sebagai yeosang . Dialah yang bawa sihyoun sampai dekat sini . Yunho mengeluh berat .