Yeosang dan sihyoun berjaya merentasi kawasan di the b's town tanpa sebarang halangan daripada orang-orang disitu . Sekarang mereka masuk ke dalam kawasan yang langsung tiada sesiapa duduki . Ianya sebuah hutan yang terbiar . Dengan langit berwarna jingga sahaja . Mereka bersyukur , ada juga tempat untuk mereka bermalam disebabkan tiada sesiapa jadi ianya selamat bagi mereka .
Sebuah pokok yang tinggi dan mempunyai dahan yang besar menjadi tempat berehat buat mereka berdua yang letih dengan perjalanan jauh tanpa berehat . "Nah " yeosang menghulurkan buah-buahan kepada sihyoun , kebetulan tadi dia ada nampak banyak buahan jadi dia pergi kutip untuk dibuat makan malam mereka . Lagipun perut masing-masing masih kosong tanpa sebarang makanan. Nasib dekat tempat ni ada sumber makanan juga .
" kau ? Tak makan juga kah ? Mesti kau lapar juga kan ? " sihyoun seperti ragu-ragu dengan pemberian yeosang , sudah berapa kali dia terhutang budi dengan yeosang yang menolongnya daripada dihukum lepastu berikan minuman kepadanya malaham makanan sekali .
" aku tak apa , kau seorang manusia patut makan kalau tak sia-sia kau akan mati didepan aku ni " kata yeosang . Sihyoun akur , ini sahaja cara untuk teruskan kehidupan dia.
Betul kata yeosang , manusia akan mati jika tak dapat makanan ." terima kasih untuk makanan ni .. " ucap sihyoun lalu dia memasukkan buah pisang ke dalam mulutnya dan dikunyah menjadi lumat kemudian ditelan masuk ke dalam perut.
Yeosang sekadar memerhati gerak geri si gadis itu , tidak lama kemudian dia tersenyum sendirian tanpa sihyoun sedari. " mesti kau rindu dengan keluarga kau kan " kata yeosang seraya memecahkan kesunyian ini . Sihyoun mengangguk perlahan , dia amat rindu akan keluarganya yang berjauhan itu . " kau nak pulang ke tempat asal kau ke? "Tanya yeosang . Sihyoun terhenti daripada mengunyah.
" ya , aku tak patut berada dekat dunia kau .. " balas sihyoun . " apa perasaan aku bila berada dekat tempat yang berbeza ? " yeosang mengajukan soalan lagi . Ya , soalan ini dia ingin mendengar daripada mulut gadis itu sendiri.
" pada mulanya terasa janggal tetapi makin lama aku dah biasakan diri dengan korang .. Dan , buat pengetahuan kau inilah pengalaman yang tak pernah aku lupakan .. Aku gembira dapat berjumpa dengan korang semua tapi , aku kesal sebab dah menyusahkan korang .. Hurmm—benar kata kau yang manusia memang suka menyusahkan .. "
"—aku degil , bukan ? " sihyoun melirik anak mata memandang yeosang dihadapannya . Mata mereka berdua saling bertentangan , sihyoun terkedu apabila yeosang dengan secara tiba-tiba sahaja menarik tubuhnya masuk ke dalam dekapan hangat lelaki itu . " aku berjanji akan bawa kau pulang ke tempat asal " ucap yeosang perlahan , dia mengusap badan belakang milik sihyoun . Sihyoun sekadar biarkan sahaja , jantungnya sudah tidak normal lagi .
" patutkah aku jujur dengan dia pasal perkara sebenar , ahh malangnya kami bukan setanding " detik hati sihyoun perlahan .
" kau jangan risau aku akan sentiasa berada disisi kau .. " kata yeosang kemudian meleraikan pelukan itu , dia menarik senyuman lebar . Pertama kali , sihyoun melihat wajah lelaki itu bila tersenyum . Iyelah , selama ini lelaki itu hanya buat muka dingin saja . Tetapi , sikap itu tiba-tiba berubah bila bersama dengannya .
▩▩▩▩
Keesokkan harinya , sihyoun tersedar daripada tidur lenanya . Terus itu , dia meliat kecil dan menggosok mata yang kelihatan samar-samar itu . Benda pertama yang dia nampak selepas mata dibuka adalah , seorang Wanita tua yang berpakaian seperti seorang bidadari tengah berdiri dihadapan dia . Sihyoun menukarkan posisinya kepada berdiri , dia hairan .
Siapa pula wanita tua yang muncul dihadapan pandangan dia nih , wanita itu menarik senyuman mesra . Sihyoun kagum melihat setiap inci tubuh wanita itu yang bercahaya . Tertanya-tanya juga siapa orang ni ?
" makcik ni siapa ya ? Dan dimana yeosang ?" baru sihyoun tersedar yang yeosang tidak bersama dengannya . Mana pula yeosang pergi menghilang ni .
" manusia yang cantik , siapa nama kamu ? " soal wanita tua itu dengan ramah dan lembut.
" moon sihyoun " kata sihyoun.
" mesti kamu nak tahukan cara bagaimana untuk pulang ke tempat asal " katanya . Sihyoun buat muka kurang faham tapi dia cuba buat-buat tahu walaupun taktahu apa-apa yang wanita tu nak sampaikan dekat dia .
" bagaimana ? " tanya sihyoun. Yang berasa ingin tahu tentang itu , ya dia perlu kembali pada pangkuan keluarganya .
" cara ini amat menyeksakan tapi kamu patut harus dilakukan .. "
" lakukan ? "
" atiny's town , salah seorang daripada mereka berlapan .. Kamu terpaksa menaruh nyawa kamu untuk kembali ke tempat asal .. "
" mereka berlapan ? Maksud makcik ? "
" disebabkan mereka yang tawan kamu datang ke kota sini .. Jadi , salah seorang daripada mereka berlapan dengan sukarelanya terpaksa bunuh kamu dialam sini .. Kerana salah seorang daripada mereka berlapan mempunyai pedang " jelas wanita tua itu kemudian dia lesap . Sihyoun bingung . Dia masih kurang faham ? Makcik tu bagi pejelasan yang memeningkan kepalanya saja . Sihyoun cuba mentafsirkan kata-kata makcik tu .
▩▩▩▩
" yeji bangun ! " taeil menggoncangkan tubuh yeji yang lena dibuai mimpi itu , dengan perbuatan itu membuatkan yeji terjaga daripada tidur . Mamai sahaja dia merenung wajah taeil di pagi hari .
" jomlah kita cari sihyoun " ajak taeil yang tak sabar-sabar . Yeji bangun lalu melihat sekeliling kawasan situ . Dan anak matanya tertancap pada pokok epal yang terdapat di hujung sana , tidak seberapa jauh daripada situ .
" sebelum tu kita isi perut dulu lagipun saya lapar tak makan daripada semalam " ajak yeji lalu dia bingkas bangkit dan berlari anak menuju ke arah pokok epal merah . Taeil sekadar mengikuti yeji dibelakang .
" nah , awak patut makan " yeji memetik sebiji buah epal dan buah epal merah dihulurkan ke arah taeil pula .
" terima kasih " ucap taeil kemudian dia mengigit besar buah epal itu . Dan mengunyahnya dengan penuh menikmati . Sedapnyaa.
" nanti kita pergi cari sihyoun dekat kawasan air terjun sana " pinta taeil .
Selepas mereka selesai menikmati sarapan pagi dengan buah epal merah , mereka berdua membawa diri ke tempat yang dikatakan oleh taeil . Terdapat air terjun disekitar mereka berehat buat seketika . Jadi , mereka nak bersihkan diri yang sudah kotor lebih lagi bau badan mereka pun kurang menyenangkan . Rasanya , dah dua hari kot mereka tak mandi semenjak datang ke sini. Apatah lagi dengan sihyoun , bagaimanalah keadaan dia sekarang ni .
✎tσ вє cσntínєud
YOU ARE READING
【C】The Mirror :: i will back
Fantasía❝ enter the magical realm and meet strangers ❞