" ahh—" sihyoun tersedar daripada pengsannya apabila ada sumber cahaya yang terang benderang telah menerpa wajahnya . Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka untuk melihat suasana yang dia duduki sekarang ni .
Apabila pandangan menjadi jelas , tempat pertama yang dia nampak selepas mata dibuka luas adalah sebuah bilik yang agak suram dan lembap . Dan mempunyai banyak akar-akar yang berada pada dinding bilik tersebut . Terus itu , dia menukarkan posisinya kepada duduk . Anak matanya liar melihat sekitar tempat yang dia berada sekarang . Sebuah penjara yang teramatlah kotor dengan titisan air yang telah mambasahi ruang tersebut , dia terbaring diatas tanah yang lembap . Bau yang kurang enak mula menusuk didalam rongga hidungnya .
" ahhh .. Sakit " sihyoun merintih perlahan tatkala dia terasa bahagian lehernya agak pedih sedikit . Dia mengusik bahagian lehernya jikalau ada yang cedera ke ? Andaian sihyoun tepat sekali . Dia dapat rasakan ada kesan cakar pada bahagian lehernya dan juga dibahagian tangannya .
Dia mula meninjau diluar penjara tersebut , kosong malahan sunyi menyepi melainkam bunyi titisan air yang bertakung . Dimanakah dia berada sekarang ? Siapa pula yang bawanya ke sini ? Soalan yang langsung tiada jawapan .
" ada sesiapa tak dekat luar sana ? " laung sihyoun , bergema satu ruang itu dengan suara milik sihyoun . Langsung tiada bayangan sesiapa pun di luar . Sihyoun mengesat air matanya yang mula mengalir keluar , kenapalah dirinya amat bodoh sekali . Ikut sahaja gerak hati . Sekarang dia sudah berada ditempat yang lebih jauh beza daripada tempat yang dia tinggal sebelum ini . Rasa kesal .
Kalaulah dia ikut pesan yunho tu mesti dia takkan berada disini . Kau memang degil sihyoun , suka menyusahkan orang sahaja . Kemungkinan kau akan terperangkap disini seumur hidup kau . Detik hati sihyoun .
▩▩▩▩
Mereka berlapan berkumpul diruang tamu yang luas itu , masing-masing sudah menjadi mundar-mandir atas kehilangan sihyoun . Yunho yang berasa salah itu hanya mampu tunduk wajahnya , tidak berani ingin bertentangan mata dengan hongjoong yang sudah naik angin . Tetapi—dia dah pesan kot dengan gadis itu .
" jadi ? Dimana sihyoun ? Engkaulah orang yang terakhir berjumpa dengan dia ? Takkan kau tak tahu mana dia pergi .. Kau tahu tak , kalau dia pergi kota lain memang nyawa dia berada dalam keadaan bahaya lah .. Lebih lagi di kota alice's
, kalau masuk ke sana bagaimana kita nak buat ? Semuanya sudah berakhir ditangan mereka .. " bentak hongjoong geram , sungguh dia berasa berang dengan sikap yunho yang cuai . Dia risau kalau gadis manusia tu masuk ke kota sana . Kerana gadis itu telah mempunyai tanda kota atiny's . Mereka ialah orang pertama yang dapat memilikinya . Kalau kota lain dapat perasan pasal tanda itu , tak sia-sia manusia itu dibunuh tanpa belas kasihan ." hongjoong hyung apa kita nak buat sekarang ? Kita semua tak boleh masuk dalam kota-kota yang lain .. "
" kecuali yeosang hyung—"anak mata mereka kini tertumpu ke arah bayangan yeosang yang berdiam diri . Yeosang memandang mereka bertujuh silih berganti .