[17]

1.3K 205 227
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

MIRAE gigit jarinya. Entah kenapa hatinya berdebar lain macam. Dalam kepalanya ligat memikirkan apa yang berlaku bila dia ke rumah Tuan Jimin tadi.

Walaupun lelaki itu bukan 'tuannya' lagi, tapi, dia lebih selesa memanggil Jimin dengan panggilan 'tuan'. 

Dia akui, dia cintakan orang yang sama, namun jiwa yang berbeza. Baginya, Tuan sekadar abang, tapi daddy...

Ini masalah utama.

Kedua-dua tapak tangan diraup pada wajah. Pandangan ditala pada televisyen yang hitam. Hidupnya kucar-kacir. Pasal memori...

'Ting Tong'

Bunyi... loceng?

Tengah malam?

Darahnya terus berderau. Mata dikerdipkan sekali. Punggung diangkat daripada sofa dan dengan perlahan mendekati pintu yang tertutup rapat. Kerongkongnya naik turun menelan air liur.

Belum pun tangan sempat singgah di tombol pintu, ada mesej masuk. 

Tuan Beku / Daddy Menggoda
This is me, Mirae. Open the door for me.

Kerutan di dahi Mirae menebal. Tuan? Apa dia buat malam-malam kat sini? Nanti... malam....

D-daddy. Cuma daddy yang muncul waktu malam.

Dan hanya daddy sahaja yang tahu, jalan ke rumahnya. Kata-kata daddy yang mengatakan dia tahu segala-galanya tentang setiap inci rumah ini buatkan wajah Mirae terus pucat.

Pintu direnung sebelum kepala digeleng. Dia menapak ke belakang menjauhi pintu. Menahan diri membuka pintu.

Tuan Beku/ Daddy Menggoda
Why don't you open the door for me?

Mirae telan air liur. Dia dalam kekeliruan. Sama ada tuan atau daddy? Takkanlah Tuan tahu ini rumahnya?

Tuan Beku / Daddy Menggoda
It's okay, then.

Mirae kelu. Ini... Ini mungkin Tuan. Daddy bukannya seorang yang penyabar.

Walau separuh hatinya tidak mengiyakan, tapi dia berpegang pada firasat separuh hatinya lagi. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menunggu lagi 5 minit.

Lima minit berlalu, tiada balasan mesej, tiada ketukan pintu ataupun deringan loceng. Senyap. Eh, dah pergi ke?

Mirae bergerak ke ruangan pintu dan dengan segala kekuatan yang ada, dia memulas tombol pintu perlahan. Tangan yang terketar-ketar ditahan. Dan...

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now