[6]

1.6K 225 119
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

Agaknya masa kecil dirinya banyak makan kerengga kut. Tu yang boleh lupa sampai tahap macam ni sekali!

Macam manalah boleh tak ingat skuter pink pokadotnya di parkir di rumah Tuan Jimin?

Jam dah pukul 6:30! Tadi sis Kook dengan Rainea ajak balik sama, tak nak! Kata ada kerjalah.. padahal nak usyar tuan!

Sekali, lupa skuter kat rumah tuan. Nak tak nak kena tumpang tuan ke rumah dialah!

Jimin yang sedang berkemas memandang Mirae dengan hairan. Dia juga perlu segera. Tubuhnya perlu dikurung. 

Tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Mirae, tunggu siapa?"

"Tuan..."

Jimin kerutkan kening. "Awak tunggu saya buat apa? Mirae, jadi PA saya bukannya sampai nak tunggu saya balik, teman itu semua... bila habis time kerja, habislah urusan kita berdua..." Jimin berkata senada.

"Lainlah awak tu isteri saya..." jawabnya perlahan. Mirae hanya membatukan diri. Dia tahu dia silap. 

"S-saya tahu tu.. kalau boleh, sekarang juga saya nak landing atas katil sambil buat tahi mata tapi tuan.."

Mirae pandang mata Jimin. Penuh harapan. "Skuter sexy saya... dekat rumah tuan..."

Membulat mata Jimin. "Macam mana skuter awak ada dekat rumah saya?"

"Pagi tadi, saya datang rumah tuan, rempit pakai skuter tu lah. Saya baru teringat skuter saya alone kat sana... so, Tuan boleh tak..."

"No. Sorry." Jimin menggelengkan kepalanya dan terus berjalan tanpa mempedulikan Mirae. Waktu tak mengizinkan.

"Tuan! Jangan buat saya macam ni tuan! Saya nak balik pakai apa? Mana ada bas waktu macam ni, paling tidak pun malam nanti! Tuan..."

"I said no! Is it unclear, Park Mirae?"

"Tuan saya..."

"Are you deaf?!" tengkin Jimin kuat.

Mirae terus menundukkan kepalanya. Hari pertama kerja dah di layan macam ni. Degil kau Mirae! Jimin tu layan kau baik sebab kau pekerja dia!

Bukan sebab someone special tu semua!

"Okay tuan... tuan baliklah dulu. Pandai-pandailah saya nanti." 

Itu sahaja yang Mirae mampu keluarkan ayatnya. Sebab, seandainya ada lagi perkataan yang terbit dari mulutnya..

Maka, air mata itu akan jatuh.

Mirae tunduk sedikit. "Saya pergi dulu..." suaranya tertahan sebelum berpaling daripada Jimin. Jauh.

Jimin merenung sayu PA nya itu. Jarum jam di tangan bergerak pantas. Dia berperang antara dua rasa. Rasa serba salah dan rasa takut.

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now