[4]

2K 243 154
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

AT THE COPAQUEBAEBOM HOLDINGS

TERKOCOH-KOCOH kaki Mirae melangkah cuba untuk menyaingi majikannya yang segak berpakaian suit hitam itu. 

Adeh, bossnya ni dulu pernah join lumba jalan kaki dapat johan ke apa? Tak menyempat nak dikejar dah berdesup melangkah!

"Boss! Tunggulah saya!" pinta Mirae lantas segera menapak masuk ke dalam perut lif. Wajah bossnya yang beku beserta cermin mata hitam di mata dijeling sekilas.

Punat lif tingkat 30 ditekan. Nafas dihembus dan dilepaskan. Sudah di agak, bossnya beku kembali.

Angin monsun jenis apa pun tak tahulah yang melanda si bossnya ni!

Diam.

Senyap.

"Tuan, kenapa jadi pendiam eh sekarang? Tadi boleh je berbual-bual sekarang ni tuan tak nak cakap ke?" Mirae berkata mencantas kesunyian antara mereka berdua. 

Matanya ditala pada bahagian sisi tubuh Jimin yang lebih rela pandang pintu daripada wajahnya. Jimin berdehem seketika.

"Awak nak saya cakap apa?"

"Cakap je lah apa-apa supaya saya tak rasa janggal dengan tuan... suara tuan buat telinga saya ni berbunga-bunga, tuan tahu tak?"

Jimin angkat kening. "Tak nampak bunga pun kat telinga tu..." Jimin pandang Mirae yang berambut lepas. 

"Itu perumpamaanlah, tuan! Menandakan saya suka kalau dengar tuan bersuara dan..." jari telunjuk Mirae naik menunjuk ke bibir Jimin.

"Kalau tuan senyum... pada saya."

Jimin masih lagi ketat wajahnya. Buatkan Mirae mengeluh hampa. Apa fasal antisosial sangat, mamat ni?

Tiba-tiba, Jimin mendekat ke arah Mirae. Mirae yang prejudis terus menapak ke belakang. Ooookayyyy, bosnya pelik sekarang!

"K-kenapa tuan Jimin tak duduk diam ni?"

"Sebab awak. Awak buat saya tak reti duduk diam, cik Mirae."

 Jimin berkata dengan suaranya yang serendah dan sedalam laut china selatan.

Berderau darah Mirae dibuatnya. Apa kongkang sangat mulut kau Mirae?! Kan, haa padah ni padah!

"I like you more..." suara itu begitu dekat sekali dengan Mirae. Gadis itu memejamkan mata kerana tidak sanggup untuk tahu apa yang jadi selepas itu.

"When you tie your hair."

Jap.

Mata Mirae celik semula. Keningnya bertaut. "Sorry but what?"

Hujung bibir Jimin terjongket sedikit. Tangannya naik menyentuh lembut rambut Mirae yang dibiar lepas.

"You look more beautiful if you tie your hair neatly, Park Mirae." Tangan Jimin menyanggul elok rambut Mirae.

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now