[2]

2.4K 275 71
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

KELOPAK matanya sedikit demi sedikit terbuka. Pandangannya ditujah dengan cahaya putih yang menembusi langsir yang tidak tertutup rapat.

Kepalanya berdenyut-denyut. Terlepas satu keluhan daripada bibir merahnya.

Memori pahit itu lagi. Sudah berkali-kali menjadi tayangan mimpinya. Melihatkan dirinya dibantai dan dibelasah teruk oleh seorang bapa...

Dan, di saat jasadnya kini dimiliki oleh dua jiwa. Pada waktu yang berbeza....

Comforter tebal yang menyelimuti tubuh ditolak ke tepi. Berkerut dahinya melihatkan badannya yang tidak beralas baju.

Sekejap, malam tadi, aku pakai pijama, kenapa sekarang, badan aku tak berbaju dan seluar aku bertukar jadi seluar jeans londeh ni?

No way...

Matanya yang kabur dikelip-kelipkan berkali-kali. Bila sudah jelas, iris itu tertancap pada sekeping kad merah jambu yang berada di atas meja soleknya.

Bingkas dia bangun dan bergerak ke arah itu. Terketar-ketar tangannya memegang kad merah jambu itu. Tulisan berdakwat merah ditenung satu persatu.


" Bijak kau, Jimin. Kau makan benda bodoh tu sebab mahu aku dapat ambil alih tubuh kau dalam masa yang singkat... Kau nak main dengan aku kan?

Gladly to say, from the bottom of heart I will.

So... how I should play with you?

What if we start with hard level first?

And let's see how smart you can be, Jimin."


Bait yang terakhir buatkan surat itu terjatuh daripada tangan Jimin. Raksasa yang beraja dalam jiwanya semakin mula berkuasa.

Mahu mengawal dan mengambil alih posisinya sebagai hos utama.

Selama ini dia bertahan dengan adanya ubat yang dia sentiasa dibekalkan oleh doktor psikologinya. Tapi, apabila keinginan 'benda' tu melebihi tahap dos yang diambil,

Memang dia boleh keluar tapi dalam jangka masa yang pendek. Sangat pendek.

Rambut diraup ke belakang. Bibir di gigit memikirkan 'permainan' yang mungkin dicipta oleh 'dia'. Bila fikirkan semula....

Shit!

Segeranya kakinya diatur menuruni anak tangga. Kawasan ruang tamu dituju. Cuba mencari satu benda yang paling terpenting dalam hidupnya.

Daripada laci sehingga ke almari, setiap celah dan inci rumah itu dikembur.

Ubat...

Mana ubat aku?!

Kemudian dia berlalu ke dapur. Di atas meja, segelas wain merah dan sepiring pinggan diatasnya beserta sehelai kertas dan setangkai mawar menujah matanya. Surat again?


"This is our first game. I classified this game as the hard one.

Will you survive until tonight...

Without your medicine?

Good luck. Cheers~"


Matanya terus terpejam. Dah agak! Patutlah dia mimpi tentang memorinya yang dahulu. 

Tidak hairanlah kepalanya asyik berdenyut setiap kali dia bangun daripada tidur..

Nampaknya, 'benda' tu dah tahu cara lain yang boleh buat dia keluar semula. Almost 2 years, Jimin bertahan...

Tapi kenapa sekarang 'dia' mula tunjukkan belang?

Jimin gelengkan kepalanya kemudian wajah diraup kasar. Berat. Bebanan yang dia ada ini berat untuk dihadapi.

Ting!

Jimin pandang sepi pada pintu yang tertutup. Tak terasa untuk bangun dan bukanya. Dia masih berdiri dengan wajah tidak berperasaannya. 

Tenung pintu itu.

Sehinggalah dengan sendirinya pintu itu terbuka. Jimin tersentak. Matanya beradu dengan satu pasang mata beralis mata lebat dan iris berwarna hazel.

Niatnya mahu bertanya siapa, terbantut tatkala senyuman menghiasi wajah jelita pemilik itu.

"Tuan Jimin? Maaflah saya mengganggu tuan tapi saya disuruh datang rumah tuan. Half from my work as your new personal assistant. Saya cuba call tuan tapi tak angkat.. maaf sebab main aci redah je rumah tuan.."

Gadis itu menunduk ke arah Jimin. Jimin masih begitu. No feeling. Beku.

"Tuan okey? Kenapa nampak pucat? Kalau tuan tak sihat, saya boleh cancelkan meeting tuan dengan Copakebaebum Holdings..." dia berkata lagi tapi Jimin..

Masih sepi.

Tiba-tiba,

Bukan kerelaannya, seperti dia dikawal oleh sesuatu,

Setapak demi setapak, Jimin melangkah ke arah gadis itu. Riak wajahnya kelihatan mendung. Menagih sesuatu yang boleh mencerahkannya semula.

Yang pasti, mendekati gerangan yang baru muncul di hadapannya.

Ada satu perkara, saat dia melihat wajah itu, seperti mereka pernah berjumpa lama dahulu. Seperti pernah bertemu dalam satu waktu,

Yang dia sendiri tidak pernah tahu.

Langkah kaki Jimin berhenti apabila jarak antara mereka dipisahkan hanya sehasta. Bibirnya yang terketar-keter mula mengeluarkan bicara.

"Whoever are you..."

Mereka berpandangan.

"Can you... give me a hug?"

Gadis itu terkedu. Matanya sedikit membesar saat bait itu lancar keluar daripada mulut Jimin.

"Please...."

Bening mata Jimin mula berair. Sekarang, dirinya seperti bukan Jimin lagi. Boleh jadi, dia seperti dirinya yang dulu. Lemah. 

Si Chim yang lemah.

Tanpa izin,

Kedua-dua tangannya didaratkan di tubuh kecil gadis berketinggian lebih kurang 160 cm itu. Erat.Gadis itu masih tidak bereaksi.

"Hug. Me." ungkap Jimin lagi.

Dan Jimin terus menutup matanya, saat ada belaian lembut di belakang badannya. Ada popokan lembut dan terasa begitu lapang jiwanya.

"I'm here for you, Tuan Jimin."

Dan air mata Jimin menitis setitis sebelum satu senyuman mula terbit di bibirnya.

"Rindu.. kau.."


MIN MENYAMPUK;
~Masih ingat prolog? Di sinilah ada kena mengenanya. Mianhae lewat update.

~Saje nak umum, soon Min nak try open GS, ada yang sudi ke nak jengah? Hshshs. Do vote and comment!

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now