[9]

1.5K 213 168
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

"HEI! Berangan!"

Mirae terkejut disergah oleh tuannya. Dia renung tuannya yang lebih santai pemakaiannya hari ni.

Baju tshirt hitam dan berseluar denim menambah ketampanan tuannya.

"Bukan berangan, merenung masa hadapan." tingkah Mirae juga tak nak kalah. Jimin senyum sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Mirae juga.

Dalam perjalanan, Mirae hanya diam. Setelah dia menyatakan hasrat mahu menjaga tuannya, hatinya berbolak-balik.

Amaran daddy dan niat sebenar hati berdebat di minda.

Dia tertanya, kenapa daddy berkata begitu semalam.

"Mirae.."

Tiada respons. Jimin kerut dahi. "Park Mirae?"

"Yes?"

"You're too silent today. Something's wrong?"

Mirae ketap bibir. Dia tidak tahu mahu bermukaddimah seperti mana. "Sebenarnya..."

"Awak nak tarik balik kan.. kata-kata, nak jaga saya? Awak tak nak risiko untuk kita bersama kan?"

Mirae diam. Tapi tidak membantah. Jimin tersenyum tawar. "Awak menyesal. Menyesal jumpa saya sebab awak dah jumpa daddy."

"Tuan, saya tak cakap pun saya menyesal!"

"Jangan bohong, Mirae. Saya tak ambil hati, malah tak tersinggung kalau awak ambil keputusan untuk pergi jauh daripada saya..." ujar Jimin sayu.

"Tuan, saya bakar kereta tuan nanti baru tuan tau! Tuan dengar apa yang saya nak cakap. Jangan buat spekulasi mengarut macam tu!" tegas Mirae bersuara. Jimin tekun merenung jalan raya.

"Saya terfikirkan amaran encik daddy semalam." lancar dan tak tersangkut kata-katanya. Jimin tersentak.

"Amaran?"

Mirae angguk.

"Amaran jangan jatuh suka pada tuan sebab... tuan bukan sebaik yang saya sangka."

Jimin telan air liur. Satu suara kedengaran perlahan di dalam mindanya.

"Kau lagi dajjal dari aku, Jimin."

---

Imbas kembali

"Kenapa kita patah balik ke rumah encik daddy?" Mirae menahan penumbuknya daripada kena wajah kacak sang daddy.

"Aku rasa, kita kena spend time together dekat rumah ni. Lebih privasi."

"Hantar saya baliklah, encik daddy!"

"Siapa kau nak arah aku? Aku yang berhak arah kau!"

"Sebab?!"

"I'm your daddy. And daddy's babygirl should not disobey his daddy's wish or else, he's gonna be so ungentleman and do something behind her expectation."

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now