[22]

1K 184 191
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

KAKI aku laju melangkah. Mata aku melilau ke kiri dan kanan. Cuba untuk mengecam wajah yang satu itu.

Kenapa?

Kenapa saat aku akhirnya mulai terima ketiadaan dia, kini dia muncul semula? Meletakkan diri aku dalam kekeliruan yang maha hebat? Kenapa?

Aku mahu tanya dia, kenapa dia tinggalkan aku? Kenapa dia palsukan kematian dia? Kenapa dia menjauhi aku? Adakah dia benci aku?

Dekat satu jam aku berjalan, muka walau batang hidung pun tiada! Aku jatuhkan duduk di sebelah pokok maple yang menjadi saksi aku bersemuka dengan Jimin semula.

Akhirnya, takungan air mata aku pecah. Tersedu-sedan aku menangis lalu memeluk lutut.

Aku yakin ia bukan khayalan. Suasana makin hening dan sepi. Ramai orang sudah mula pulang ke rumah demikian suhu sudah semakin sejuk.

"Daddy... mana awak?  Saya tahu awak ada... saya tahu awak perhatikan saya... jadi, muncullah! Jangan buat saya macam ni..."

Terus aku tekup muka semula. Ah, bodohnya kau Mirae! Mengharapkan orang yang dah mati hidup semula?

"Memang suka duduk sini sorang-sorang ke? Memang dah tak sayangkan nyawa eh?"

Zappp! Suara itu..

Aku angkat kepala. Seorang lelaki, berkot merah dan berturtle neck hitam sedang bercangkung di hadapan aku sambil menongkat dagu.

Senyuman dia, senyuman yang aku rindukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyuman dia, senyuman yang aku rindukan.

"A-awak..."

Dia kemudian mengalihkan dedaun yang berada di atas rambutku. Tenang sahaja reaksinya. Rapatnya keadaan kami sehinggakan hembusan nafasnya terasa hangat menerpa wajahku.

"Kan dah kata, jaga diri baik-baik bila saya tiada. Ni, awak dah mungkir janji. Nasib baik saya ada kat sini, kalau tak, siapa nak jaga pemilik hati saya ni? Hmm?"

Tatkala baris akhir dia lafazkan, air mata sudahpun mengalir laju di pipi. Air mata kegembiraan, air mata kerinduan dan air mata kebahagiaan!

"D-daddy?"

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now