[10]

1.6K 219 108
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

MIRAE memegang dahinya yang terasa sakit. Sekarang dia berada di rumahnya. Dan sekali lagi berdua-duaan hanya dengan majikannya. 

Mirae menjeling Jimin yang sedang membawa first aid dan segelas air sejuk. Tapi, dalam jeling pun terbit rasa suka. 

Tak sangka tuannya terlalu mengambil berat tentang dirinya.

Daddy tipu saya. Tuan baik. Tak mungkin dia jahat. Bisik hati Mirae.

"Mirae... saya minta maaf sangat-sangat pada awak.S-saya t-terlalu t-terkejut dengan a-apa yang awak cakap.. a-awak okey??" soal Jimin penuh resah.

Mirae akhirnya ukirkan senyuman. "Nasib baik tuan cakap sorry. Kalau tak, saya gilis tuan dengan lori."

Jimin mula ukirkan senyuman kelegaan. Nasib baik gadis ini tak apa-apa.

Sebenarnya, bukan kerana perkara itu yang buatkan Jimin menekan brek secara tiba-tiba. Sebab apa yang 'suara' itu katakan.

Saat Mirae berkata sebaris ayat tentang dia lagi jahat itu tadi, suara itu pula bersuara. Dengan nada yang sinis dan marah.

Mengherdik dirinya.

Dan yang paling buat dia terkejut...

"I will do anything so that you die and I live, Jimin. Be ready."

Sebaris ayat yang diakhiri dengan tawa jahat itu buatkan dia terus brek mengejut. Bukan setakat kepala Mirae sahaja yang sakit... begitu jua dirinya.

Ubat pun belum ada lagi. Dia patut jumpa doktornya tapi Mirae lebih penting.

Keselamatan gadis ini... lebih utama.

"Tuan? Tuan cedera juga ke? Ke tuan terasa hati dengan saya? Jangan risau tuan, saya gurau. Saya okey... tuan... okey??" soal Mirae.

Nyata hairan dengan kebisuan tuan Jimin yang diam sambil tunak merenung dirinya. Naik segan pun ada.

Jimin tersedar. Dia kulum senyum. "Kalau awak okay, saya 100 kali ganda okay juga, Mirae..."

Biarpun tanpa nada, suara itu menikam tepat dalam jantung Mirae. Automatik dia kalihkan pandangan. Tidak mahu majikannya menangkap bicara rasanya.

"T-tuan jangan s-sweet talker sangat... nanti tembok yang tuan cipta antara kita tu saya pecahkan karang..." ujar Mirae. Jimin angkat kening.

"Kata, saya ni bukannya taste awak?" usik Jimin. Biarpun dia juga hampir surrender dengan pengakuan Mirae tadi.

Mirae merengus. "Orang gila je yang percaya cakap saya tu. Tuan full package kot. Kenapa saya tak suka??" ujar Mirae membidas Jimin.

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now