[11]

1.4K 195 118
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

SEGENAP tubuhnya menggeletar hebat. Air mata yang mengalir, meskipun diseka, tetap tiada tanda mahu berhenti. Pandangan yang sedikit berbalam tidak dihiraukan.

Darah yang keluar melalui hidung Mirae semakin banyak dek dilempang berkali-kali. Sekarang ini, dia sedang bertarung dengan nyawanya sendiri.

"Kau nak pergi mana lagi hah? Tiada tempat yang kau boleh lari! Jangan jadi anak derhaka dan ingkar perintah aku! Ingat, aku ni bapak kau!"

Wajah sang ayah tampak bengis. Ada sebilah pisau di tangan yang seakan disasarkan untuk Mirae. Mirae geleng kepalanya kuat sambil berlari.

"K-kau... b-bukan bapak aku! Kau binatang! Kau binatang!!!" tempelaknya lalu makin melajukan lariannya meskipun dalam keadaan berkaki ayam.

Dia perlu larikan diri! Kalau tidak mahu lunyai tubuhnya dikerjakan oleh bapa tak guna itu!

"Sial! Mari sini kau! Jangan lari!! Aku dapat kau, aku bunuh kau, Park Mirae! AKU BUNUH KAU!!"

Makin kuat tangisan dan raungan Mirae. Sungguh, dia sangat takut akan kata-kata bapanya itu. Kalaulah bapanya pernah mencuba untuk menghentak kepalanya dengan tukul besi,

Boleh jadi, hasratnya untuk Mirae mati itu akan tercapai!

Ada satu memori asing yang tiba-tiba menerjah kepalanya. Memori itu datang bersama satu senyuman yang amat dikenalinya. 

Pandangan mata redup penuh dengan kasih, mengucup manja dahinya beserta satu ungkapan yang penuh syahdu.

"Babygirl, if in case you're in danger, call me, and I'll be there. Alright, honey?"

Dia kenal pandangan redup itu. Kali ini, kepalanya sakit. Auto lidahnya lancar menyeru nama itu. Satu nama yang seperti serasi dengan tubuhnya.

Daddy...

Mirae nak daddy...

Mana daddy?

Air matanya merembes ke pipi. Hatinya berperang dengan rasa takut yang maha hebat dan rasa sakit yang sangat mencengkam. 

Kepalanya yang terhentak di dashboard tiada tanda mahu pulih, ditambah lagi dihentak tadi. Buatkan dia agak tidak betul. Dia takut. Dia gerun.

"Mirae~ nak lari mana? Kau takkan dapat lari daripada aku..." satu suara menegur bersama bunyi seretan kapak di lantai.

Mirae menangis ketakutan. Dia bertindak menyorok di dalam celahan semak. Dia menekup mulutnya kuat. Tidak mahu sebarang bunyi yang keluar.

"Jangan jadi anak kurang ajar, Mirae. Aku ni bapak kau.." suara itu mulai hilang nada kelembutan.

"Daddy... tolong saya... tolong saya.... dia nak bunuh saya...." 

Dia ingat di telefon seseorang. Tidak tahu siapa. Dia telefon orang itu dan mengharap itu adalah Daddy Jimin.

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now