12.00 A.M
1 JANUARI 1990
VILLA NADI BONDA"HAPPY birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Boboy...yeahhh Boboy dah lima tahun."
"Happy birthday anak ayah, ayah sangat sangat kat Boboy..." Pipi anak tunggalnya dicium kiri kanan. Kepala itu diusap-usap sambil badan kecil itu dipeluk erat. Moga kasih sayang yang ada dalam dirinya dapat mengalir masuk ke dalam diri anak tunggalnya.
"Hadiah Boboy mana? Ayah janji nak belikan."
"Kalau nak hadiah kena cium ayah dulu."
"Jangan cium ayah, ayah tak mandi lagi!" Si ibu menyampuk untuk mengusik. Dijeling manja si suami yang sudah menjengilkan biji mata.
"Busuk-busuk pun tiap-tiap malam orang tu nak peluk..." Dikenyit mata pada isteri. Pipi kiri didekat. Senyuman mula melebar apabila si anak mencium. Dihulurkan sesuatu.
"Tadaaa....hadiah untuk kesayangan ayah. Jaga dan simpan baik-baik tau."
"Ibu pun sayang Boboy..." Tidak mahu kalah, dihulurkan sebuah kotak sederhana besar pada si anak.
"Acik pun ada hadiah untuk boboy." Pembantu rumah menyampuk.
"Wah, banyaknya hadiah Boboy. Semua sayang Boboy."
***************
3.00 A.M
"YA Allah..." Terjaga daripada tidur, kelihatan api sedang marak. Bau hangit mula menusuk masuk ke rongga hidung. Kepanasan untuk menyentuh kulit. Dalam kekalutan kepala dipusing. Kosong! Tempat tidur suaminya kosong. "Sayang...sayang..."Bara kepanasan api makin terasa. Dengan comforter yang masih membalut tubuh si ibu bangun lalu berlari. "Arghh..." Jeritan kecil kedengaran saat tapak tangan terasa panas menyentuh tombol pintu.
Tidak peduli, tombol dilapik dengan comforter lalu pintu dibuka.
Api yang sedang marak diredah begitu saja. Ada yang perlu diselamatkan. Tombol pintu sebuah bilik dibuka. Anak mata tajam tertuju ke katil. "Boboy...Boboy...""Ibu...tolong..."
Mata mula mencari dari mana arah suara yang lemah itu datang. Melihat kelibat anak yang menyorok dalam almari dengan pintu terbuka pantas kaki berlari.
"Boboy...." Ditarik anak keluar lalu dipeluk erat. Comforter dihampar atas belakang, lalu anak didukung.
"Ibu, boboy takut..."
Belakang anak ditepuk. "Ibu ada sayang...." Tidak menunggu lama si ibu bangun, baru beberapa langkah sebatang kayu jatuh menghempap pintu. Kepala digeleng melihat satu-satu jalan keluar terhalang.
"Ibu panas..."
Langkah diundur menuju ke tingkap. "Ya Allah..." Lutut mula menggiggil melihat gril ditingkap. Allahuakbar. Mereka terperangkap dalam bilik. Api makin menganas. Kulitnya sudah terluka, malah berdarah...sakit!
"Abang....abang!!!" Dijerit memangil nama suaminya. Berharap ada keajaiban yang muncul.
"Ayah...ayah..."
"Boboy...Boboy!" Tiada sahutan kedengaran. Dilihat anaknya yang sudah tidak sedarkan diri. Didukung anak masuk ke dalam bilik air. Pintu dikunci, berharap agar api yang sedang mengamuk tidak akan masuk. Paip air pancut dibuka lalu diduduk bawah siraman air.
"Ibu...."
Dipeluk erat anak sambil menangis. "Ayah akan datang selamatkan kita..."
*Jangan lupa vote ⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading playlist anda hokey🌹
YOU ARE READING
"T"
Mystery / ThrillerVilla yang lama ditinggal akibat kebakaran kini dijadikan rumah anak yatim. Aiman, kanak-kanak cacat yang kematian ibu dan ayah akibat dibunuh telah datang ke villa tersebut bersama pembantu rumahnya untuk minta perlindungan.