BAB 1 (b) : Ku Pijak Jejak Anak

52 4 0
                                    

SEPASANG kaki yang berjalan tempang perlahan-lahan menuruni tangga. Di tangan ada pisau yang bersalut darah. Darah menitik ke lantai. Pisau di tangan terjatuh. Aiman terduduk di lantai lalu memeluk lutut. Rambut berserabai dan muka ada kesan darah. Muka ketakutan!

Bunyi tapak kaki kedengaran...tap...tap...tap... Aiman angkat wajah melihat seseorang yang mendekat. "Bibik..." Bibir mula mencebik.

Santi berdiri tegak depan Aiman. Lutut dibengkokkan lalu kepala anak itu digosok lembut. Mahu meredakan ketakutan yang menyelubungi diri anak kecil yang bernama Aiman. Sesaat kemudian tangannya ditepis.
Aiman mengesot perlahan-lahan ke dinding.

"Aiman tak nak tengok lagi... Ai... Aiman..."

"Aiman., jangan takut. Aiman tak salah. Bibik ada. Bibik tak akan tinggalkan Aiman. Tak akan ada yang tahu apa yang jadi malam ni. Bibik janji."

"Ayah...ayah nak bunuh Aiman. Aiman lari. Ayah tendang ibu, sampai ibu muntah keluar darah. Ayah jahat! Aiman benci ayah."

"Aiman, ayah tak tendang ibu. Aiman salah tengok."

"Aiman nampak ayah tendang ibu!" jerit Aiman lalu tendang tangan Santi yang cuba menyentuhnya. Serentak itu, pintu bilik kedengaran ditutup kuat. Santi dan Aiman terkejut lalu berpandangan. Pantas Santi memeluk erat Aiman.

"Aiman!!! Kau tak guna!"

Tangan Razlan di tombol pintu. Berlumuran darah sehingga warna kulit bertukar merah, ada kesan darah di tombol. Darah mula menitik ke lantai. Dengan jalan terhinjut-hinjut dia turun ke bawah. Anak itu...harus dihapuskan!

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda hokey😍

#akandatang

"T"Where stories live. Discover now