SUASANA dalam kereta senyap. Pak long ralit memandu. Mak long memandang luar tingkap. Aiman hanya diam sambil memeluk beg sandangnya. Santi leka dengan telefon, sesekali bibir senyum.
Nanti ada masa kita jumpa
Text daripada seseorang sudah cukup membuatkan hatinya bahagia. Tangan yang rancak menari atas skrin terhenti apabila matanya terpandang cermin pandang belakang. Matanya yang bergabung dengan mata pak long membuatkan senyuman terus menghilang. Air ditelan. Takut!Kereta yang laju mula berhenti depan pam angin sebuah stesen minyak. Pak long menarik selt-belt.
"Abang, bawa Aiman pergi tandas sekali," pinta Mak long sebelum sempat suaminya keluar.
Pak long menjeling lalu pintu dibuka dan dihempas kuat. Tanda tidak puas hati."Kenapa tak pergi tengok Aiman?" soal mak long apabila kelibat suami dan anak buahnya sudah tidak kelihatan. Sengaja tidak dipusing wajah menghadap Santi di belakang.
Telefon pantas disimpan dalam beg. Santi senyum. "Mengamuk Aiman kalau Santi ikut dia pergi tandas. Dia malu kalau orang tengok.""Pernah terjadi ke sebelum ni?"
Santi telan air liur. Soalan mak long seperti mahu menimbulkan kemarahannya. "Mak long, Santi minta maaf. Santi cuma tak nak pisah dengan Aiman. Sebab tu Santi cakap macam tu."
"Tak kisahlah apa pun alasannya, Santi dengan Aiman bukan siapa-siapa. Tak patut Santi beri cadangan macam tu!"
"Tapi pak long setuju."
Mak long pusing badan memandang wanita yang berusia pertengahan 30 - an itu. Orangnya kecil molek, tidak menampakkan usia sudah 30-an. "Apa motif sebenar Santi? Padahal Santi boleh je pujuk pak long tu, kan? Ini tak bagi cadangan yang entah apa-apa!"
"Sekurangnya ini yang terbaik untuk kami."
Mak long pandang tingkap, kemudian senyum sinis. "Terbaik untuk Santi. Ada Aiman taklah Santi merempat, kan?"
Pak long lepaskan tangan Aiman apabila melihat isterinya sedang memerhati dari dalam kereta. "Kau kesat air mata kau, kalau mak long kau nampak pedih telinga aku dengar dia membebal."
Cepat-cepat Aiman kesat air matanya.
"Kau jangan nak mengadu kat mak long kau! Kau jatuh tadi sebab kau buta." Pak long berjalan di depan, lambat-lambat Aiman mengikut di belakang sambi pamer wajah sedih.
Mak long pusing menghadap Santi. Pandangan curiga. "Walaupun Ani sayang sangat pada Santi, tapi saya dari dulu..."
Pak long masuk kereta lalu menarik selt belt. Mak long pusing depan. Geram apabila tidak sempat menghabiskan ayat.
"Kenapa awak tak ikut Aiman pergi tandas? Macam ni pun awak tak boleh jaga dia, ada hati nak dia duduk dengan kita."
Mak long menjeling.
*Jangan lupa vote⭐️
YOU ARE READING
"T"
Tajemnica / ThrillerVilla yang lama ditinggal akibat kebakaran kini dijadikan rumah anak yatim. Aiman, kanak-kanak cacat yang kematian ibu dan ayah akibat dibunuh telah datang ke villa tersebut bersama pembantu rumahnya untuk minta perlindungan.