BAB 1 (a) : Kalimat Cerai Terlafaz, Malam Darah Mengalir

75 6 0
                                    

NOVEMBER 2020
3.00 pagi

RUMAH banglo dua tingkat kelihatan daripada luar. Suasana bilik bersaiz master agak gelap. Hanya diterangi lampu tidur sebelah katil yang bernyala. Di dinding, kelihatan satu bayang hitam pasangan sedang berdiri bercekak pinggang. Si isteri mula mencengkam kolar baju si suami.

"Bunuh aku Razlan. Bunuh aku sekarang! Biar kau puas hati."

Di dinding kelihatan bayang hitam Razlan menarik rambut Ani dan menampar muka. Ani melawan dengan memukul lengan Razlan.

"Tak guna kau Razlan! Ceraikan aku. Aku dah tak tahan."

Dalam samar-samar mula kelihatan wajah Razlan yang bengis, muka berpeluh-peluh. Tajam mata hitam Bazlan menatap wajah Ani yang mula berani menengkingnya. Bazlan mendekat, Ani mengundur sehingga kaki terlanggar almari. Laju tangan kasar Bazlan naik mencengkam leher Ani.

"Kau pilih, aku atau anak kau yang cacat tu?"

"Aku tetap pilih anak aku. Cacat pun dia, dia tetap anak aku. Aku akan bela dia!" jerit Ani tidak mahu kalah. Ditolak tangan Razlan tapi tidak berjaya.

"Kau degil Ani! Aku tak nak anak tu. Aku tak boleh tengok muka dia. Bertahun aku tanggung malu ada anak cacat macam tu! Hantar dia pergi rumah anak yatim."

"Langkah mayat aku dulu Razlan!"

Cengkaman dilepaskan. Razlan mundar mandir sambil meraup rambut. Mula tidak keruan. Kemudian langkah kaki berhenti depan Ani. Kedua tangan Ani dipegang erat. Bibir mula senyum. Nampak menakutkan! Sebelah tangan naik mengelus lembut pipi Ani.

"Kau sayangkan aku, kan? Apa-apa kau selalu sebelahkan aku. Kali ni je aku minta, tolong dengar cakap aku. Percayalah sayang, kita akan bahagia kalau budak tu tak ada dengan kita."

Ditarik badan Ani ke dalam pelukan lalu dipeluk erat.

"Sorry Razlan, bukan untuk kali ni."

​"Argh..." Razlan menjerit lalu menendang pintu almari.

​Ani tersentak. Cuba menyembunyikan rasa takut melihat perubahan mendadak suaminya.

"10 tahun aku sabar, sekarang aku dah tak boleh. Sejak dia lahir, aku tak pernah bahagia. Budak tu bawak malang! Aku nak bunuh dia!" Razlan menggocangkan kuat bahu Ani.

"Kau tak berubah Razlan. Betul cakap abang aku dulu."

"Oh sekarang kau nak cakap menyesal kahwin dengan aku? Pasal budak tak guna tu kau nak salahkan aku." Rambut Ani ditarik kuat. Urat mula muncul di tangan."Eh Ani kau lupa ke kau yang tergilakan aku dulu."

"Cukup Razlan!" Ani tutup telinga, kemudian pandang Razlan sambil lap air matanya. "Kalau kau dah tak tahan, kau keluar dari rumah ni, bawa semua barang-barang kau. Aku dah tak perlukan kau."

Razlan pandang Ani tidak berkelip. Tergaman!

"Kunci kereta letak atas meja. Aku nak kau keluar sehelai sepinggang., sama macam kau masuk rumah ni dulu. Ingat Razlan, apa yang kau ada sekarang hasil duit siapa? Jangan lupa siapa diri kau sebelum kahwin dengan aku."

Ani melangkah, berhadapan dengan Razlan tajam matanya menjeling lelaki itu. Baru dua langkah, Ani menjerit apabila Razlan menarik rambutnya. Mukanya ditampar berkali-kali sehingga jatuh menyembah lantai.

"Kau gila Razlan! Kau gila!"

Di dinding, kelihatan bayang hitam Razlan menendang perut Ani berkali-kali. Kemudian kaki itu singgah ke muka. Ani yang cuba bangkit kembali terbaring

"Kalau aku mati kau pun mati. Kau tak boleh hidup tanpa aku. Pengecut!"

Tiba-tiba suara Ani hilang. Lampu bilik terpadam.

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda hokey😍

#akandatang

"T"Where stories live. Discover now