BAB 2 (b) : Kisah Itu Bermula

47 5 2
                                    

BANNER tertulis "RUMAH ANAK YATIM AL-HAKIM" kelihatan tergantung di pagar. Dari dalam kereta, mak long memandang sebuah banglo besar tanpa berkelip. Apa ini tempatnya?

Sungguh dia tidak percaya. Jauh lari dengan apa yang ada dalam kepala. Banglo yang sepatutnya mewah, cantik sesuai dengan namanya tapi yang terhidang depan mata hanyalah sebuah banglo lama yang usung.

Nampak menakutkan dengan daun-daun hijau menjalar sehingga ke tingkat atas. Bumbung ada yang berlubang, dinding berwarna hitam bukan kerana dicat tapi tanda sudah lama ditinggalkan dicampur dengan lumut hijau di bawah.

​Bunyi pintu ditutup mengejutkan mak long. Lantas dia memandang Santi. "Tempat apa ni Santi?"

​"Mak long jangan risau, tempat ni selamat. Luar je nampak macam ni tapi kat dalam okey."

​"Okey apanya? Dah nampak macam rumah hantu!" marah mak long. "Santi nak Aiman tinggal kat tempat macam ni? Cuba Santi tengok rumah ni betul-betul. Santi buta ke?"

Santi pandang banglo tiga tingkat itu. Dia tidak salahkan mak long, siapa-siapa yang melihat pun pasti tak sangka banglo ini sebenarnya berpenghuni. Sama seperti tanggapan pertamanya.

"Mak long, arwah madam selalu bawa Santi datang sini. Dia cakap kat Santi jangan nilai luaran tapi tengok isi kat dalam."
​Mak long menarik nafas. Cuba tidak membiarkan emosi mengambil tempat.

"Berlambak rumah anak yatim kat Selongor ni, kenapa kat sini juga Santi pilih?"

​"Apa yang mak long kena tahu tempat ni selamat. Dah tiga bulan rumah ni beroperasi kat sini, budak-budak pun tak ramai dalam 20 orang je. Rumah anak yatim sebelum ni kalau mak long tengok lagi teruk daripada sekarang. Arwah madam pun lebih suka budak-budak tinggal kat sini. "

​Ketukan di tingkap buatkan bicara Santi terhenti. Pak long sudah di luar bersama bagasi pakaian dia dan Aiman. Mereka melangkah keluar. Banglo dua tingkat dipandang. Mak long berjalan perlahan-lahan sambil memeluk bahu Aiman. Hati yang sedih bertambah sedih.

"Kita nak pergi mana mak long?" Aiman pegang tangan Mak long. "Semalam mak long cakap nak ajak Aiman pergi rumah mak long. Mak long dah janji."

Mak long tidak sanggup menatap wajah Aiman. Takut hatinya akan kalah dengan keadaan. Dia sendiri tidak dapat berbuat apa-apa. Aiman yang berjalan di belakang pak long berhenti apabila pak long berhenti. Begnya diletakkan atas tanah.

"Aiman, mulai sekarang kau duduk sini!"

"Aiman nak duduk dengan Mak long." Pegangan tangan mak long dieratnya. "Aiman tak nak duduk sini. Takut!"

"Betul ke ni abang nak hantar Aiman duduk sini?" Setiap kali melihat banglo ini pasti air liurnya tertelan dengan sendiri. Walaupun hari siang tetap nampak menyeramkan. "Malu kalau orang tahu abang buat macam ni kat Aiman."

"Ni masa untuk dia berdikari. Aku tak nak jaga anak orang."

"Abang! Cuba tengok tempat ni. Abang buta ke? Ni bukan rumah anak yatim. Dah berapa puluh tahun tak berpenghuni."

"Kau tanya Santi!"

Aiman terus peluk erat mak long. "Aiman tak nak duduk sini."

"Tempat ni je boleh terima kita. Jom!"

"Tak nak!"

Santi duduk lalu kedua tangan di lengan Aiman. "Kita dah tak ada tempat nak pergi. Aiman pilih nak duduk sini, atau nak duduk bawah jambatan?"

Aiman diam. Pak long menarik mak long apabila melihat seorang wanita berjalan ke arah mereka. "Jomlah. Jangan nak buang masa aku lagi," marahnya apabila si isteri enggan melepaskan pelukan.

"Kita jumpa dulu pengurus rumah ni. Nanti apa dia kata."

"Tak payah!" Ditarik isterinya, sempat pula wanita itu mencium pipi Aiman.

"Nanti mak long datang jenguk Aiman." Dipandang Santi yang berdiri di sisi Aiman.
"Tolong jaga Aiman baik-baik. Saya percayakan Santi."

"Mak long jangan pergi..." Aiman menangis.
Langkah kaki mak long tidak stabil apabila ditarik. Matanya yang terpandang sesuatu yang tertulis di pagar buatkan matanya membulat.

"Villa Nada Bonda?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

"T"Where stories live. Discover now