Ali dan Alicia kini melangkahkan kaki ke akademi yang kini dibina semula setelah dimusnahkan oleh Uno beberapa tahun lepas. Sistem keselamatan kini telah ditingkatkan dengan beberapa robot mengelilingi kawasa pulau akademi. Pulau itu juga kini dibesarkan dengan tambahan beberapa fasiliti.
"Makin besar ye akademi sekarang." Ujar Ali memandang bangunan yang masih dalam pembangunan. Alicia hanya menganggukkan kepala.
"Hai ejen berdua, selamat datang ke akademi MATA! Di mana tempat ini dibina untuk melatih bakat ejen-ejen muda supaya mereka lebih mahir dalam menjalankan misi." Ujar seorang ejen wanita. Baju makmal di tubuhnya memaparkan identitinya sebagai seorang ejen teras Tekno.
"Oh hai...terima kasih Ejen Shiela." Balas Alicia tersenyum lembut pada wanita dihadapannya.
"Eh maaf...saya ingatkan awak berdua ejen baru." Ujar Shiela. Kepalanya digarukan apabila perasan akan kehadiran Ali dan Alicia.
"Takpe." Balas Ali.
"Eh ejen batch kamu dah tunggu kat briefing room. Pergilah, semua dah kumpul kat situ." Kata Shiela memperingati akan kedua remaja di hadapannya.
"Okey...terima kasih ejen Shiela!" Balas Ali lalu berjalan meninggalkannya.
"Banyak perubahan kat anak kau Aliya...kalau kau ada mesti kau bangga." Gumam Shiela sendirian apabila melihat bayangan kedua remaja itu menjauh darinya.
"Kenapa kamu berdua lambat masuk!?" Soal Jeneral Rama apabila berjaya menangkap figura Ali dan Alicia.
"Maaf Jeneral, kami tersesat tadi." Ujar Ali yang kini bersuara garau. Riak wajahnya serius memandang ke arah lelaki dihadapannya.
Sementara Jeneral Rama hanya membalas dengan picitan dahi sahaja. Kemudia dia memandang semula ke arah ejen Tekno beramput cacak ke kanan itu.
"Baiklah...alasan kamu diterima." Kata Jeneral. Tidak lama selepas itu dia memandang ke semua ejen yang ada di hadapannya.
"Tahniah dan syabas atas kejayaan kamu sepanjang berkhidmat dengan agensi ini. Dengan secara rasminya, kamu digelar sebagai ejen senior bagi sesi 20XX." Kata Jeneral Rama. Tersenyum bangga apabila melihat kesemua ejen dihadapannya berjaya menjadi seorang ejen yang terbaik."Oleh itu, kamu semua akan menjadi ejen mentor sementara. Manakala kami akan mencarikan mentor yang sesuai untuk batch yang baru." Sambungnya lagi.
"Jeneral...mintak maaf mencelah, adakah misi kami sama seperti biasa?" Soal Iman.
"Kamu akan ditugaskan dalam beberapa bahagian di HQ. Ada daripada kamu akan menjadi ejen lapangan atau dengan erti kata lain, menjalankan misi seperti biasa, mentor, penyelidik, pereka ataupun hantu." Balas Jeneral Rama.
"Jeneral...apa maksud jeneral dengan hantu?" Soal Jet menggaru tengkuknya.
"Kamu akan tahu suatu saat nanti. Sekarang! Misi kamu adalah untuk menjadi mentor sementara! Arahan saya akan hantarkan pada petang esok. Bersurai." Jeneral Rama memberikan kata putus. Manakala kesemua ejen yang lain beredar meninggalkan bilik briefing.
"Ejen Ganz, ejen Dayang...adakah terlalu awal untuk kita dedahkan berkenaan codename : hantu tu?" Soal Rama apabila dua hologram di belakangnya muncul.
"Kamu jangan risau...kami berdua sudah ada calon." Ujar Dayang membuatkan Rama menganggukkan kepala.
"James...kau tengok tu! Senior kita!" Bisik Kamal pada James. Ejen Kombat itu memandang tundingan jari rakannya ke arah seorang ejen wanita teras Neuro yang memasuki ke kawasan kafe yang baru siap dibina.
"Eh, itu ke akak Alicia? Dah 7 tahun aku tak jumpa dia. Banyak dah berubah pada dirinya. Rambut dia semakin panjang, muka dia makin cantik. Cuma...cekak tu masih kat kepala dia. Tapi nampak cute jugak." Ujar James. Kamal perasan akan reaksi James yang agak berlebihan itu mula merangkul lehernya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Misi : Undercover
Fanfiction[REMAKE IN PROGRESS!!]♻️ Setelah diberikan cuti selama sebulan oleh pihak MATA, kini mereka kembali menjalankan misi seperti sedia kala. Namun ketua teras MATA memberikan satu amanah kepada Ali Ghazali yang mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh ejen...