Part 3 - Pertarungan!

823 50 3
                                    

"Thanks la Alicia sebab tolong aku." Kata Ali selepas menerima rawatan di dalam klinik.

"Kau pun satu...hati-hati sikit berjalan tu! Jangan asyik fikir pasal bende lain! Apa-apa jadi nanti susah. Nasib baik sikit je tu." Marah Alicia pada Ali. Mereka berdua duduk di sebuah warung yang berdekatan dengan klinik.

"Kenapa kau caring sangat ni? Bukan dulu kau benci sangat ke kat aku?" Soal Ali hairan. Alicia memutarkan bebola matanya dan melihat ke arah Ali yang sedang meminum air kosong itu.

"Aku caring la! Takkan aku nak biar orang yang aku sayang..." Kata-kata Alicia terhenti.

Baru dia sedar akan perkataan yang dilepaskan pada Ali sebentar tadi. Ayat yang dikeluarkan oleh gadis itu membuatkan Ali juga terdiam. Suasana mereka bagaikan sebuah mikrofon yang ditutup suisnya.

"Maksud aku..sayang sebagai kawan...Yelah of course la aku sayang kau!? Kan? Macam aku sayang Moon, Iman, Roza, Mika! Semua tu lah!" Kata Alicia dengan muka merah padam, cuba untuk memperbetulkan keadaan.

Manakala Ali hanya tersenyum sahaja.

"Terima kasih la." Jawab Ali.

Kini makanan mereka yang dipesan sudahpun sampai dihadapan mata. Semasa makan Ali ada memerhatikan Alicia. Semasa makan kelihatan ada kesan comot di pipi Alicia. Ali yg perasan itu mula tergelak kecil melihat gaya makan rakan sebayanya itu.

"Eh, kau dah kenapa?" Tanya Alicia. Hairan akan Ali yang ketawa seorang diri memandangnya.

"Muka aku tak cantik ke?" Soal Alicia lagi.

"Sini aku lapkan." Kata Ali lalu mengelap pipi Alicia menggunakan tisu. Dalam keadaan itu mereka tidak perasan akan sepasang mata memandang adengan itu.

Klikkk!!!

"Yes! Dapat jugak aku ambik gambar diorang!" Ujar gadis itu.

"Kau memang cari pasal la Merry, kau tahu kan James tu memang tergila-gila kat akak Alicia tu." Kata seorang rakannya.

"Ye memang! Sebabtu aku nak usik si James tu!" Balas Merry.

"Eh Laila...kau ada nampak...ha jumpa pun!" Kata Merry setelah menjumpai sebuah printer kecil di poket beg sekolahnya. Tanpa membuang masa, gamba yang diambilnya tadi terus dicetak melalui mini printer berwarna pink itu.

"Kau nak buat apa?" Soal Laila. Makin hairan dengan perangai si Merry.

"Aku ada plan nak buat. Hehehehe." Ujar Merry sendirian.

"Ish! Ali!" Alicia segera menjerit perlahan dan memukul tangan Ali. Manakala Ali hanya membuang tisu yang digunakan tadi ke dalam tong sampah.

"Apa? Aku tolong kau je, tak salah kan?" Soal Ali sambil tersenyum sendirian.

"Kita kat public ni Ali." Kata Alicia. Riak wajahnya yang datar ditunjukkan pada Ali.

"Okey-okey aku mintak maaf." Kata Ali segera menenangkan rakannya itu.

Semasa berjalan kaki menuju ke akademi Ali menanyakan sesuatu kepada Alicia. Membuatkan gadis itu hairan akan pertanyaan spontan dan pelik yang muncul dari Ali.

"Alicia, kau tak takut ke?" Tanya Ali.

"Takut apa?" Alicia pula bertanya.

"Takut boyfriend kau marah." Kata Ali sambil meminum air kosong.

"Untuk pengetahuan kau aku takde boyfriend." Kata Alicia.

"Ouh patut lah." Kata Ali.

"Kenapa kau tanya?"

Misi : UndercoverWhere stories live. Discover now