Part 5 - Hantu

768 49 9
                                        

Ali berjalan memasuki bilik GK ataupun Gerak Khas. Kelihatan ada Jeneral Rama bersama Jeneral Din berada di bilik itu dan juga ketua teras yang sedang berada di sebuah meja bagaikan di mahkamah serta beberapa lagi ejen yang tidak dikenalinya. Ketiga daripada mereka mempunyai teras mereka yang tersendiri.

"Ali." Panggil Ganz.

"Ya Tuan!" Sahur Ali setelah namanya dipanggil.

"Kamu mesti tahu akan perkataan hantu yang digunakan Jeneral Rama tempoh hari." Sambung Ganz.

"Ya tuan! Tapi saya tak tahu apa maksudnya!" Balas Ali.

"Baik. Hantu merupakan satu nama khas yang akan digunakan untuk menjalan misi yang...rahsia. Lebih rahsia daripada organisasinya sendiri dan ejen lain. Jadi kamu amat bertuah disebabkan prestasi kamu yang semakin membaik kebelakangan ini." Ucap Ganz.

"Jeneral, teruskan." Sambungnya lagi memberikan arahan kepada Jeneral Din.

"Ali, saya Jeneral Din dari cawangan MATA Barat. Kebelakangan ini ada sebuah aktiviti perdagangan haram yang berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Cyberaya Utara." Ucap Din lalu memaparkan sebuah peta dan beberapa keping gamba yang menunjukkan identiti seseorang.

"Menurut daripada ejen saya, mereka bertiga ini adalah pengedar yang mengedar sesuatu yang amat berbahaya...Plaszurium."

Dahi Ali berkerut. Apa itu Plaszurium? Ingin sahaja dia bertanya namun dia perlu fokus akan penerangan Jeneral Din dihadapannya.

"Saya tahu kamu akan pelik. Plaszurium adalah campuran logam Azurium dan juga Plasma. Apa yang dia boleh buat? Plaszurium boleh dihasilkan kepada senjata, bom, malah tenaga yang lebih kuat berbanding Azurium biasa."

Ali mengangkat tangan. Makin bertambah persoalan di kepalanya. Jeneral Din menganggukkan kepala tanda menerima akan soalan yang keluar daripada mulut Ali.

"Kalau Plaszurium tu lebih kuat, kenapa kita tak gantikan sahaja?" Soal Ali. Jeneral Din tidak membalas malah membuka gambar-gambar yang diambil.

Ia memaparkan beberapa buah makmal yang meletup dan orang yang cedera. Gambar itu sahaja mampu membuatkan Ali memahami apa maksud yang ingin disampaikan oleh Jeneral Din. Ali sekadar mengangguk tanda memahami akan kesan Plaszurium.

"Eksperimen terhadapan tenaga Plaszurium sudah dilakukan namun semuanya gagal. Oleh sebab itu, kami membuat keputusan untuk memusnahkan tenaga ini dan membatalkan sahaja eksperimen ini." Sampuk Jeneral Rama pula.

"Jadi misi kamu Ali adalah untuk melakukan penyamaran di sekolah ini. Siasat dan kumpulkan sebanyak mana bukti yang boleh. Lepastu laporkan kepada kami dan kami akan uruskan." Ujar Dayang.

"Kamu bersetuju untuk menerima misi ini?" Soal Jeneral Rama.

Ali memikirkan akan rakan-rakannya. Dia memejamkan mata untuk seketika. Pelbagai kenangan manis dan pahit bersama rakannya akan dia lupakan demi menjalankan misi ini. Lagipun, misi ini akan memberi satu kesan kepada dirinya sendiri.

"Baik! Saya terima!" Kata Ali.

"Baiklah kalau begitu! Misi kamu adalah...

undercover!


Taman Tasik Cyberaya
0720 PAGI

"Alicia rilekslah aku gurau je." Kata Henry pada Alicia.

Alicia hanya mencebik sejurus Henry mentertawakannya apabila menceritakan kisahnya apabila dia dijaga oleh Rama dan uncle mamak yang lain. Langkah kaki mereka yang dari tadi berjalan laju berubah menjadi perlahan apabila banyak perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua. Perbualan mereka semakin rancak menyebabkan mereka tidak fokus akan keadaan sekeliling.

Misi : UndercoverTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang