Part 4 - Maaf

747 49 2
                                        

Tet! Tet! Tet!

Bunyi penggera itu langsung mengejutkan Ali dari tidurnya. Skrin telefon menunjukkan pukul 6.50 pagi menandakan Ali harus melakukan rutin hariannya. Walaupun matanya terasa berat untuk dibuka, namun dia perlu rajin untuk menjadi seorang yang sihat tubuh badan. Kejadian yang dialaminya semalam masih segar dalam ingatan.

"Haih...salah aku jugak. Menyesal pun dapat, malu pun dapat, sakit pun dapat." Gumam Ali sendirian di hujung katil. Pipi yang ditampar oleh Alicia semalam disentuh olehnya.

"Huh! Sakit jugak Alicia tampar semalam. Kaki aku pun sakit lagi. Tapi kena jogging jugak! Tak ada alasan!" Gumam Ali dalam hati dan langsung masuk ke dalam bilik air.

Setelah bersiap dia langsung turun ke bawah. Kelihatan ayahnya sedang menyediakan makanan sambil tangannya membetulkan tali leher yang tersarung di lehernya. Melihat akan susuk tubuh Ali, lelaki itu tersenyum.

"Eh Ali jogging lagi ke?" Tanya Dr. Ghazali.

"Haah ayah. Takkan tak tau sejak 2 minggu lepas Ali dah rajin jogging. Kalau ayah rajin bolehlah join Ali." Pelawa Ali lalu roti Gardinea dan air coklat panas yang terhidang di atas meja itu dihirup olehnya.

Dr. Ghazali tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Gembira akan perubahan Ali walaupun setelah beberapa kali dia sibuk dengan urusan kerja, tapi Ali tetap menerimanya dengan hati terbuka.

"Ali, kalau boleh ayah nak sangat spend time dengan kamu. Tapi ayah pun kena tanggung family kita. Ayah mintak maaf ye." Ujar Ghazali memegang bahu anaknya.

Ali hanya tersenyum setelah menerima kata-kata dari ayahnya lalu tangannya dihulurkan untuk menyalam tangan ayahnya.

"Takpe ayah, Ali faham. Ok lah Ali nak gerak dulu." Kata Ali lalu segera bangun dan mencapai kunci keretanya.

Dengan berkat usaha Ali yang membantu kerja ayahnya di rumah dan pejabat. Ali berjaya membeli sebuah kereta dengan hasil simpanan duit melalui titik peluhnya sendiri.

Walaupun Ali sudah ada lesen memandu tetapi dia jarang sekali keluar ke bandar menggunakan keretanya. Dia selalu menggunakan motosikal sebagai kenderaan harian oleh kerana keadaan jalan yang agak sesak dengan susunan kenderaan. Bagi Ali, motosikal itu lebih kecil dan mudah untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas.

Ali berjalan masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin. Selang beberapa saat dia membandu keluar daripada rumahnya lalu pergi ke taman rekreasi di mana di situ merupakan tempat biasa baginya untuk melakukan aktiviti pagi di Taman Tasik Cyberaya. Sesampainya di sana dia berjalan keluar dan melakukan beberapa senaman yang memanaskan badan dan tak lama daripada itu sepasang matanya terpandang akan seseorang yang sangat dia kenali.

"Alicia?"

Tanpa membuang masa dia terus mengejar Alicia dan memanggilnya.

"Alicia! Alicia!" Panggil Ali.

Orang ramai yang berada sekeliling melihat adengan itu. Oleh kerana rasa malu Alicia melajukan langkahnya. Ditambahkan dengan perasaan marahnya dia mempedulikan panggilan Ali. Sesampai di suatu tempat, langkah kaki Alicia berhenti oleh kerana Ali memegang pergelangan tangannya. Dengan pantas Alicia menarik balik tangannya yang dipegang.

Plak!!

Bahu Ali ditampar kuat oleh Alicia.

"Alicia!" Jerit Ali perlahan.

"Kau nak apa? Kau panggil aku pagi-pagi ni kenapa? Tak cukup kau malukan aku semalam, kau nak malukan aku harini pulak? Kat tempat public ni!" Marah Alicia.

"Okey, okey...aku mintak maaf! Ye, memang betul aku sukakan kau..." Ayat lelaki itu dicantas oleh Alicia yang masih dalam kemarahan.

"Kau dengar tak apa aku cakap semalam? Perlu ke kau gunakan aku sebagai ganjaran permainan kau?" Alicia menggengam tangannya. Dirinya terasa bagai dipergunakan oleh Ali.

Misi : UndercoverTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang