"Ali ayah nak pergi kerja ni! Jaga rumah ni baik-baik!" Jerit Dr. Ghazali dari bawah dan segera keluar dari rumah.
Ali hanya bangun dari katil dan termenung seketika. Telinganya dapat menangkap bunyi kereta yang keluar daripada perkarangan rumah Ghazali. Niatnya yang ingin membersihkan muka terbatal apabila dia termenung mengingatkan kejadian semalam.
Semasa Ali membawa robot mechabuster ke dalam ruangan arena, anak matanya dapat melihat Alicia memeluk lengan Henry. Dia merasakan tidak selesa atas perbuatan mereka ditambahkan lagi apabila ramai ejen-ejen muda di sekeliling memerharikan kejadian itu.
"Alicia public lah!" Bisik Henry perlahan namun didengari oleh Ali.
"Eh sorry-sorry. Terlebih pulak." Kata Alicia menggaru kepalanya.
Ali tersedar kembali. Dia meraup wajahnya dan berjalan turun menuju ke arah tandas untuk membersihkan wajahnya. Setelah selesai dia mengambil kasut dan seperti biasa, dia akan menjalani rutin hariannya iaitu berjogging di taman tasik berdekatan kawasan rumahnya.
Seperti biasa angin pagi sentiasa menyapa permukaan kulitnya yang terdedah. Sambil berjogging, Ali menggunakan earbud untuk menghilangkan bosan dalam berjogging sendirian ditambahkan pula kini hubungannya bersama Alicia boleh dikatakan agak renggang. Matanya tertancap pada satu pasangan berlainan jantina. Dilihat daripada tubuh fizikalnya memang orang yang sangat dikenali oleh Ali. Dia kemudian berjalan mengekori mereka ke satu tempat. Earbud di telinganya dibuka.
"Haih, tak bosan la ada kau lepasni." Kata Henry. Anak matanya memandang ke arah Alicia disebelahnya.
Alicia hanya tersenyum apabila melihat lelaki itu berkata demikian. Mereka tidak sedar bahawa mereka diperhatikan oleh Ali tidak jauh daripada kawasan mereka.
Alicia kemudian memberhentikan langkah apabila melihat langkah kaki Henry terhenti. Keadaan Henry membelakangkan Alicia membuatkan gadis itu hairan dan berjalan mendekati lelaki dihadapannya.
"BAHHH!!!" Jerit Henry sambil memegang seekor kucing ke arah Alicia.
Alicia menjerit kecil apabila terperanjat akan tindakan Henry yang mengejutkannya. Riak wajahnya yang ketakutan dijadikan bahan jenaka oleh Henry. Alicia kemudian mencubit perut lelaki itu sebagai tanda mempertahankan dirinya tidak mahu dijadikan bahan jenaka oleh Henry. Melihat kemesraan itu Ali hanya mampu tersenyum dari jauh.
"Nak jogging ke dating? Nak dating malam nanti lah!" Celah seseorang secara tiba-tiba dan secara langsung menarik perhatian Ali. Tuan empunya suara agak mirip dengan seseorang yang dia kenal.
'Lah, Amir dengan Shiela ke.' Getus hati Ali apabila melihat dua orang yang dikenalinya yang merupakan ejen MATA berjalan ke arah sepasang kekasih tadi.
"Alang-alang korang berdua kat sini bolehlah join kami jogging." Pelawa Shiela.
"Boleh jugak." Jawab Alicia dan Henry serentak.
"Dah serentak tu maknanya dah elok lah." Sakat Amir.
'Alicia, Alicia. Kau memang dah berubah.' Kata Ali seorang diri sambil menyelinap dibalik pokok.
Kring! Kring!
Ali melihat skrin telefonnya yang menunjukkan logo MATA. Apa yang hairan, ia bukanlah panggilan mesej MATA, tetapi ia adalah panggilan telefon biasa. Tanpa melengahkan masa dia berjalan ke arah tandas berdekatan dan menjawab panggilan. Langkah kakinya pantas menuju masuk ke dalam sebuah kubikel yang agak jauh.
"Hello..." Soal Ali pada pemanggil. Punggungnya dilabuhkan pada mangkuk tandas.
"Hai, ini encik Ali daripada cawangan Cyberaya Selatan ke?" Soal seseorang dari dalam telefon.

ANDA SEDANG MEMBACA
Misi : Undercover
Fanfiction[REMAKE IN PROGRESS!!]♻️ Setelah diberikan cuti selama sebulan oleh pihak MATA, kini mereka kembali menjalankan misi seperti sedia kala. Namun ketua teras MATA memberikan satu amanah kepada Ali Ghazali yang mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh ejen...