Part 9 - Hadiah

808 46 2
                                        

5:00 PAGI, HQ MATA

Keempat-empat ejen mula berkumpul atas arahan Jeneral Rama semalam di luar HQ. Mereka kini berpakaian biasa sahaja namun alat pengesan dan gajet masing-masing diletakkan bersama mereka.

"Baiklah, semua urusan seperti pendaftaran kamu di ISOC telahpun diselesaikan. Kamu cuma berlagak seperti pelajar baru tapi ingat misi kamu semua. Faham!?" Tanya Jeneral sambil memberikan arahan.

"Faham!" Jawab mereka berempat.

"Ingat Ali, kamu adalah ketua pada kumpulan kamu dan kamu semua adalah yang terbaik dari yang terbaik di dalam MATA" Pesan Jeneral. Ali hanya menganggukkan kepala sahaja.

Kini mereka berempat berjalan memasuki sebuah kereta yang dipandu oleh Ali. Ali memulakan pemanduannya ke hujung bandar dimana terletaknya International School Of Cyberaya. Sekolah itu menempatkan pelajar daripada golongan bangsawan, elit dan kaya raya sahaja. Namun siapa sangka disebalik kemewahan terselit satu kejahatan yang tidak diketahui oleh sesiapa. Sekolah itu juga menyediakan asrama untuk pelajar luar dan pakaian sekolah mereka tidak memerlukan pakaian yang formal.

"So...Ali right?" Soal Carla.

Ali sekadar mengangguk.

"Bro, macam mana rasanya pakai IRIS? Best tak?" Soal Tom.

"Erm...aku tak pasti. Best memang best, tapi banyak benda yang kau kena hadap." Balas Ali. Matanya masih fokus di jalanan dalam pemanduannya.

"Maksud kau?" Soal Carla pula.

"Sepanjang aku pakai IRIS, banyak musuh yang datang cari aku. Semuanya disebabkan benda kecik tu. So dari pengalaman aku, overall 50/50 la." Terang Ali.

"SATRIA macam mana?" Soal Jai yang dari tadi diam.

"SATRIA dapat kat Bobby, disebabkan dia lulus banyak ujian berbanding aku." Ucap Ali. Kini situasi mereka berempat kembali sepi.

Perjalanan mereka yang memakan masa selama 3 jam itu akhirnya berjaya apabila mereka sudahpun sampai di perkarangan sekolah, Ali meletakkan kereta di sebuah parking lot, mereka berempat melangkah keluar dari situ dan menuju ke pejabat utama. Jai dan Tom juga mengikuti dari arah belakang sementara Ali dan Carla berasa di depan.

"Hai, apa boleh saya bantu?" Tanya salah seorang pelajar di situ berkemungkinan pengawas berdiri di luar pejabat.

"Kami dari..." Ayat Carla dipotong oleh Ali.

"Kami pelajar baru di sini. Kami telah daftar masuk sejak 2 hari lepas dan boleh kami tahu di mana bilik pengetua?" Tanya Ali.

"Sila ikut saya." Kata pelajar wanita tersebut.

Maklumat mereka telahpun ditukar menjadi pelajar di bawah umur oleh kerana syarat sekolah ini yang ketat. Oleh kerana kemahiran ejen MATA yang bijak, mereka telah berjaya menggodam dan menukar maklumat empat ejen ini. Pengawas tadi membawa mereka ke sebuah bangunan yang merupakan bangunan khas untuk para guru. Mereka dibawa ke tingkat paling atas yang merupakan bilik pengetua.

"Baik, ini bilik pengetua. Sila masuk ye." Kata pengawas tadi.

"Terima kasih ye, susah-susah je awak bawak kami ke sini." Ucap Tom lalu mereka berempat memasuki bilik itu untuk berjumpa dengan pengetua.

Sementara pengawas tadi hanya tersenyum sahaja namun menyampah akan kata-kata yang dilontarkan oleh Tom.

"Eee~ mesti orang kampung! Harap muka je hensem." Gumam pengawas tadi.

"Selamat datang ke ISOC. Saya Dr. Stien, pengetua sekolah ini. Silakan duduk." Kata Dr.Stien menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

'Macam dalam universiti la pulak.' Kata Ali dalam hati sambil menyambut huluran tangan lelaki botak berkaca mata itu.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 01, 2024 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Misi : UndercoverCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang