Ali berlari dengan pantas ke arah pasukan Randy dan Richard dihadapannya. Judo dan Arshad merupakan orang pertama menjadi lawan Ali. Tanpa perlu memakan masa, lelaki itu melompat ke arah Judo dan mendarat tepat di wajahnya.
Dengan laju, Arshad melepaskan tembakan namun tidak berjaya. Tubuh lelaki itu ditendang oleh Ali menyebabkan dia tercampak ke arah Nadir dan secara langsung melekat di besi kontena.
"Shackes!" Arah Richard.
Lelaki bernama Schakes tadi mengangkat kedua tangannya melalukan gayanya yang ingin mengunci Ali namun gagal. Serangan gelombang halimunan itu dapat dielak oleh Ali dan kini dirinya menjadi halimunan.
"Mana dia!?" Soal Richard.
BUKKK!!! DUSHHH!!!
Shackes kini ditendang oleh Ali. Lelaki itu pula tercampak dihadapan mata Richard dan tanpa membuang masa, lelaki itu menyerang Ali dengan memberi tendangan di dada Ali. Ali terpelanting ke belakang namun berjaya melakukan backflip.
"Lawan kau bukan diorang, tapi aku!" Kata Richard. Matanya tajam merenung ke arah Ali. Sementara Ali hanya tersenyum di sebalik topeng.
"Baiklah." Jawab Ali lalu berdiri.
"Randy, korang blah! Biar aku settlekan dia ni." Kata Richard lalu mengeluarkan sebilah pedang laser.
"Sini kau!" Jerit Richard lalu menyerangnya dengan pedang. Serangan pedang daripada Richard berjaya ditahan oleh Ali menggunakan lengannya walaupun sutnya menerima beberapa kerosakan.
"Fuh! Boleh tahan power dia ni!" Gumam Ali dalam hatinya.
Ali menendang kaki Richard dan ia berhasil namun kepala Ali menerima tumbukan daripada Richard. Topeng nano suit Ali pecah disebabkan tumbukan kuat daripada tangan Richard. Ali mengundurkan diri dan kini bersedia dengan mengangkat kedua tangannya.
"Now...its my turn!" Kata Ali. Kini dia berlari ke arah Richard.
Richard ingin menetak Ali namun berjaya dielak. Ali menggengam tangan kiri Richard dan menendang dadanya dengan kuat membuatkan lelaki itu tercampak ke belakang.
PHHHUUAAKKK!!!
Mulutnya kini memuntahkan darah. Cairan merah pekat itu membasahi lantai. Richard kini pitam, kepalanya pening ditambahkan rasa sakit di dada yang teramat membuatkan dia bangun dalam keadaan yang terhuyung-hayang.
"Hah...dia ni bahaya! Memang bahaya!" Gumam Richard sendirian sambil memandang figura berwarna perak dihadapan matanya.
Richard ingin melakukan serangan terakhir namun Ali berjaya menumbuk perutnya pula disebabkan serangan membuta tuli Richard. Sekali lagi, wajah lelaki berambut perang itu ditumbuk menyebabkan dia jatuh menyentuh tanah dan serta merta dia pengsan di tempat kejadian.
"Budak-budak tu!" Gumam Ali apabila melihat beberapa ejen MATA yang tak sedarkan diri.
"Terima kasih...abang Ali." Kata Kamal apabila melihat seorang lelaki menghampirinya sebelum pengsan.
Ali melangkah masuk ke rumahnya. Namun kelibat ayahnya masih tiada dalam pandangannya. Tubuhnya berasa sakit dan kejang oleh kerana pertarungannya bersama Richard beberapa jam lalu.
'Ayah outstation ke?' Gumam Ali dalam hati.
Lama kelamaan, Ali sudah terbiasa dengan pekerjaan ayahnya dan juga dirinya. Kadang kala ayahnya akan pulang lewat malam dan dia juga pulang lewat oleh kerana misi yang dijalankan. Dia kini berjalan ke arah sofa dan mengeluarkan senjatanya.
"Aku kena upgrade banyak lagi dengan kau!" Gumam Ali sendirian.
Ali melangkah masuk ke dapur kabinet di atas dibuka dan hanya terdapat sebungkus mee segera dan roti sahaja. Perutnya sudahpun bernyanyi oleh kerana dia tidak menjamah apa-apa dari petang tadi. Dia mengambil mee segera itu untuk direbus. Semasa makan, kepalanya ligat memikirkan misi 'hantu' yang dikatakan susah dalam agensi ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Misi : Undercover
Fanfiction[REMAKE IN PROGRESS!!]♻️ Setelah diberikan cuti selama sebulan oleh pihak MATA, kini mereka kembali menjalankan misi seperti sedia kala. Namun ketua teras MATA memberikan satu amanah kepada Ali Ghazali yang mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh ejen...
