[DISCLAIMER : ]
1. Cerita ini hanyalah Remake/Reboot atau dengan erti kata lain ditulis semula dan jalan cerita masih kekal sama, cuma ditambah baik dalam versi baharu.
2. Untuk timeline cerita ini berlaku sebelum Season 3 (Disebabkan author tulis cerita ni pada tahun 2020) jadi, tiada watak-watak di S3 di dalam cerita ini. Sekian.@danger_zxne present.
Angin lembut menghembus permukaan kulit seorang remaja lelaki yang baru sahaja sampai dihadapan pintu pagar sekolahnya. Suasana Sekolah Menengah Cyberaya 2 dipenuhi oleh pelajar-pelajar tingkatan lima yang ingin mengambil slip keputusan peperiksaan SPM. Batch ini merupakan batch Ali Ghazali. Seorang ejen MATA dan seorang remaja sekolah yang semakin meningkat dewasa.
Dia tersenyum sendirian apabila berkat usahanya yang separuh masa menjadi ejen MATA dan juga seorang murid SMC ini dapat diatur dengan baik. Lelaki itu kemudian mengatur langkahnya berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah ditemani perasaan yang berdebar-debar.
"Hah! Lega rasanya apabila dapat result. Walaupun sedikit calar tapi aku puas hati." Gumam Ali sendirian.
"Hmm..tapi..ada satu benda yang buat aku risau. Perpisahan. Ya! Aku benci sangat-sangat dengan perpisahan. Ini adalah hari terakhir aku berada di sekolah ni bersama keputusan yang aku peroleh sepanjang 5 tahun menuntut ilmu." Komennya dalam hati.
Ali kini sedang berjalan seorang diri. Perasaan gembiranya sungkar diungkapkan dengan kata-kata walaupun disulam dengan perasaan sedih. Dia bangga apabila menerima keputusan yang agak baik bagi seorang pelajar normal.
"Mana yang lain?!" Katanya dalam hati.
"Wey! Dah lupa member ke?" Kata Viktor seraya menepuk bahu Ali.
Keadaan Ali bagaikan terkena renjatan eletrik apabila Viktor menepuk bahunya tiba-tiba. Terkejut akan kehadiran rakannya. Hampir sahaja wajah kacak lelaki cina itu dipukul olehnya.
"Ish kau ni Viktor, terkejut aku...by the way! Result kau macam mana?" Tanya Ali. Lehernya dipanjangkan melihat slip kertas di tangan Viktor.
"Aku dapat straight A wey!" Kata Viktor dengan riang.
Ali hanya tersenyum dan mampu mengucapkan tahniah pada rakannya itu. Gembira akan keputusan kawan rapatnya dari sekolah rendah ini.
"By the way, mana Alicia? Mia? Dan lain-lain?" Tanya Ali lagi. Kelibat rakan-rakannya yang lain tiada dalam pandangan.
"Ouh, mereka ada kat situ." Kata Viktor sambil menunding jari ke sebuah tempat.
Kelihatan sekumpulan orang yang dikenalinya berkumpul di sebuah pondok berhampiran kantin sekolah. Tanpa melengahkan masa Ali terus berlari menuju ke arah mereka. Laluan pejalan kaki di sekolah itu dihiasi dengan bunyi tapak kasut yang terhasil daripadanya membuatkan pelajar lain memandang hairan ke arahnya.
"Hai!" Panggil Ali dengan lambaian di tangannya.
"What!? Betulkah budak di depan aku ni..Ali? Budak yang poyo tu? Makin tinggi dia ye sekarang. Apa khabar dia sekarang? Nak tahu jugak setelah sebulan tak jumpa." Ujar Alicia dalam hati. Pelbagai persoalan mula timbul apabila melihat fizikal Ali berbeza dari dahulu.
"Eh korang...macam mana keputusan? Okey?" Soal Ali pada rakan sekelasnya yang lain.
"Setakat ni baik je Ali. Aku pun plan nak sambung belajar kat universiti yang terkenal tu." Ujar Hafzan.
"Universiti Oxtace tu?" Soal Ali melabuhkan punggung dihadapan Hafzan. Lelaki itu sekadar menganggukkan kepala.
"Aku rasa tu pilihan yang bagus. Lagipun kau kan minat sains." Balas Sharudin.
Suasana itu diperhatikan oleh Alicia. Entah mengapa dirinya bagaikan tertarik akan lelaki dihadapannya. Jarak mereka tidaklah jauh hanya beberapa meter sahaja jaraknya. Gadis itu kemudian tersenyum sendirian melihat karenah beberapa pelajar lelaki yang asyik bersembang itu.
Clapp!!
Mia memetikan jarinya di hadapan Alicia yang berjaya memberhentikan lamunannya. Gadis itu mula tersenyum sendirian apabila Mia membuat muka ke arahnya.
"Alicia? Awak ok ke?" Tanya Mia.
"Eh, saya ok je." Jawab Alicia dengan muka berpeluhnya.
"Eh mana Ali?" Tanya Alicia pula. Sedar akan kehilangan lelaki tersebut yang tiada di pondok hadapannya.
"Eh kenapa? Dah start rindu eh?" Mia sengaja menyakat Alicia.
Alicia memberikan pandangan mata pada Mia. Namun riak wajahnya tidak boleh disembunyikan lagi. Pipinya kini kemerah-merahan akibatan ejekan Mia. Mia dapat mengetahui apa yang tersirat disebalik Alicia.
"Ish awak ni! Saya tanya je." Kata Alicia segera memukul perlahan bahu Mia.
Manakala Mia hanya membalas dengan hilaian ketawa sambil menutup mulutnya.
"Mana dia?" Tanya Alicia sekali lagi.
"Kekasih awak tu kat sana." Kata Mia sambil menunjukkan jarinya ke arah kolam.
Alicia dengan perlahan-lahan menuju ke arah Ali yang tidak jauh daripada mereka. Dengan perasaan berdebar-debar dia menegur Ali. Sudah sebulan tidak berjumpa membuatkan ia merupakan waktu lama bagi dirinya.
"Hai Ali." Kata Alicia sambil menepikan rambutnya.
"Oh hai Alicia...apa khabar?" Soal Ali. Air tin ditangannya diletakkan di atas meja bermaterialkan kayu.
"Sihat je...kau apa khabar? Sejak Jeneral bagi kita cuti dah berubah ye kau." Kata Alicia tersenyum menutup mulutnya.
"Aku sihat je setakat ni. Eh mesti lah, bila Papa kau bagi cuti waktu tu aku niat nak ubah diri aku. Lagipun...bila tak ada misi aku boring." Ujar Ali meluahkan apa di hatinya. Dia memang bosan apabila tiada misi dan panggilan dari MATA.
"Eh kau...pergi mana selama sebulan ni? Tak nampak pun muka kau sepanjang kat Cyberaya ni." Soal Ali.
"Aku ke Australia. Papa aku suruh training kat sana untuk ujian kelayakan IRIS dan aku adalah beberapa kenalan kat sana." Terang Alicia manakala Ali hanya sekadar menganggukkan kepala.
"Faham." Balas Ali. Kini situasi mereka kembali sepi. Tiada satu perbicaraan dilakukan antara mereka berdua membuatkan situasi itu menjadi janggal.
*Kringgg!!! Kringgg!!!*
Ali dan Alicia memandang ke arah telefon mereka dengan serentak. Anak mata mereka memandang ke arah skrin telefon dan terpampang logo MATA menandakan ada misi yang mereka perlu laksanakan membuatkan Ali bersemangat. Mereka berdua memandang sesama sendiri dan tersenyum lalu menganggukkan kepala.
Tanpa membuang masa mereka dengan pantas berlari menuju ke arah perpustakaan yang menyediakan tempat untuk jalan ke akademi MATA. Perasaan Ali agak berdebar kerana sudah lama dia tidak melakukan misi melalui MATA. Namun kini dia sudah bersiap dengan segala ilmu yang dia pelajari sepanjang dia diberi cuti oleh pihak MATA.
"Nah..." Ucap Alicia memberikan sebuah buku tebal berwarna kuning. Stem ID mereka diletakkan oleh Alicia membuatkan pintu lif terbuka.
"Thanks!" Ujar Ali mengambil buku tersebut dan mengembalikan semula ke dalam rak buku. Kini mereka berdua memasuki lif yang akan menuju ke akademi membuatkan semangat Ali semakin berkobar-kobar.
"MATA...here we go!" Ujar Ali dalam hati.
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
Misi : Undercover
Fiksi Penggemar[REMAKE IN PROGRESS!!]♻️ Setelah diberikan cuti selama sebulan oleh pihak MATA, kini mereka kembali menjalankan misi seperti sedia kala. Namun ketua teras MATA memberikan satu amanah kepada Ali Ghazali yang mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh ejen...