01

4.3K 486 117
                                    


The Great Kim

Hari ini kemarahan ibuku sudah memuncak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini kemarahan ibuku sudah memuncak. Setahun menanam anggur, ibuku tidak betah melihat aku tidur sepanjang hari.

"Hey, kau bangun cepat. Kaki ibu dah gatal nak sepak bontot kau."ujar Puan Lee dengan nada membebel.

Sebelum ibu aku buka tazkirah forum perdana, lebih baik aku bersiap untuk hadiri temuduga sebagai tutor sementara waktu di kediaman Kim.

"Rasanya tak sempat nak sarapan dah ibu. Mi Yeon dah lambat ni. Simpan bawah tudung saji ekk?"aku bertutur agak kelam kabut sebelum kasut flat hitam itu disarung ke kaki.

Pakaian blaus putih dan skirt kelabu paras melebihi paras siku itu ditilik sekali lagi. Done siapkan diri. Beg kecil disandang ke bahu tanda aku bersedia meredah ke rumah bakal majikanku itu.

Peluang kerja sebagai tutor anak Tuan Kim itu tidak boleh dipandang sipi. Aku harus dapatkannya kerana beban kewangan keluarga kami semakin bertambah.

Semuanya untuk ibu dan keselesaan pembelajaran adik aku. By hook or by Crook, aku kasi dapat!

"Mi Yeon pergi dulu, ibu. Nasi goreng simpan. Jangan bagi budak Mark bertuah tu habiskan."

-------

Ppap!

Fail resume aku dihempas kuat ke atas meja. Lambat-lambat aku merenung si pemilik kediaman Kim itu.

Ya ampun, bergetar tulang rusuk milikku. Kacaknya buat air liur aku meleleh dalam diam. Petikan jarinya didekatkan kepadaku.

"Datang interview untuk mengelamun. Kau serious atau tak nak mengajar anak aku?"

W-whut? Kau mengarut apa wahai jebon tampan. Wajah Tuan Kim Taehyung kacak rupawan bak bidadara syurga itu ditenung sekali lagi.

Gatal je jemari ini hendak menyentuh wajah tiada cela dan tampan mengalahkan Hrithrik Roshan itu.

"Sudah tentu saya mahu mengajar a-anak tuan. Saya Lee Mi Yeon. Lepasan graduan diploma Universiti Hanyang. Tengah tunggu result kemasukan degree."aku jelaskan panjang lebar mengenai diriku.

Biar panjang dan padat, aku kena grab kerja tutor bergaji lumayan ini. Makan minum dan kos study adikku Mark Lee sudah menunggu masa untuk dilunaskan.

"Okay, esok kau mula mengajar anak aku. Subjek English dan Math dia agak lemah. Wife aku masih di luar negara. Jadi, aku tak sempat mengajar  anak aku. Boleh galas tanggungjawab dengan jujur?"ujarnya tegas, senada sahaja.

Senyum pun mahal. Asyik jeling tajam sahaja daripada tadi. Eleh, ingat aku nak ngorat kau?

"F-faham, tuan."

Susuk tubuh tinggi lampai dan sasa itu dicuri pandang kornea mataku. Sumpah hati aku sudah dugeun dugeun menatap wajah kacak Tuan Kim.

Dia seakan sedar renungan miangku. Fail resume aku dihempas kasar di atas ribaku seraya jari telunjuknya dihala tepat ke muka pintu.

"Balik dan datang awal esok. First impression sangat penting. Kau gagal, aku berhentikan esok juga."

Matanya kembali berfokus pada helaian surat khabar berbahasa Inggeris itu. Mataku terpaku pada satu potret keluarga.

Tuan Kim yang rupawan memeluk si isteri berpakaian gaun seksi. Seorang anak kecil berumur lingkungan 10 tahun berdiri di tengah pasangan terlajak bahagia itu.

"S-saya balik ke rumah dulu. Bye Tuan."

Pamitan selamat tinggal aku dipalau Tuan Kim. Aku masih teringat mimik wajah lelaki itu di dalam potret keluarga.

Tuan Kim susah betul hendak menayang senyuman. Sama seperti sekarang.

Aku terfikir. Tuan Kim Taehyung sememangnya beku dan sedingin ais ke?

tbc

A/N:

Ahhhhhh, excited nak teruskan karya ini. Satu sebabnya adalah saya dah lama tak menaip karya lakonan Kim Taehyung.

Update tetap ada walaupun saya sedar saya sendu. Hahahajaja.

Gais, komen dan votes okay. Kalau tak, saya upah Tuan Kim muncul dalam mimpi kalian.

Ngeh.

Much love❤

[C] The Great Kim | KTHWhere stories live. Discover now