a/n: heheheh, I'm back <3 enjoy this small update. ❤The Great Kim
Mia Hayden sukar menyangkal hakikat suaminya yang setia itu beralih arah. Perempuan itu pula babysitter anak angkat mereka iaitu Jae Min.
Habis digigit semua barisan kukunya dek rasa gelisah bertandang di jiwa. Boleh serabut hari indah Mia jika dia biarkan gadis muda itu merosakkan rancangannya.
"Damn, aku hampir buat Taehyung melutut. Kenapalah kau datang waktu misi aku sikit lagi mahu tercapai?"bentak Mia Hayden lalu rambut panjang berwarna blonde dicengkam kasar.
Rimas melihat mainan mata suaminya terhadap Mi Yeon sewaktu mereka makan malam dan berehat di ruang tamu.
Dekat mata Taehyung, semuanya berpaksi kepada Mi Yeon. Jika Mia Hayden tuntut cerai, sesenang makan kacang Taehyung lepaskan.
"Aku belum puas bolot harta kau. Nanti namja chingu aku nak makan apa?"Mia Hayden berjalan ulang-alik di dalam bilik tidur dia dan Taehyung.
Sepanjang dia membolot harta suaminya sedikit demi sedikit, Mia Hayden tidak ketinggalan untuk menyalurkan wang kepada teman lelakinya yang tinggal di luar negara.
"W-wait, aku boleh fitnah Mi Yeon. How wonderful"ujar Mia lalu kedua-dua tangannya ditepuk gembira.
Di fikirannya, jenuh Mia merencana pelbagai nama lelaki untuk digandingkan bersama Mi Yeon. Tapi, dia buntu. Senarai skandal lepasnya semua sudah disenaraihitamkan.
Jaehyun. Adik lelakinya sendiri bakal menjadi kambing hitam untuk memudahkan proses menyingkirkan Mi Yeon.
Mia Hayden melirikkan pandangan sinis ke potret perkahwinan dirinya bersama Taehyung. Senyuman bahagia di awal perkahwinan terlihat ikhlas di wajah lelaki itu. Namun, tidak bagi Mia.
"Aku dah penat untuk tayang senyuman plastik macam dalam gambar. Aku kena kikis harta Taehyung sampai aku puas."monolog wanita seksi itu di pagi hari.
Jemarinya yang bercat warna merah cili menekan laju papan kekunci. Bebola mata Mia terpaku pada nombor telefon adiknya di skrin telefon pintar.
Berguna juga adik polos dia yang seorang ini. Suara garau bernada sopan itu menjawab panggilan Mia di hujung panggilan.
Melebar senyuman jahat Mia kerana rancangannya mula membuahkan hasil pada peringkat pertama.
------
Taehyung dijentik semangat lain macam hari ini. Dia sudah nekad untuk berterusan memikat hati isteri mudanya itu dan berterus-terang untuk lepaskan Mia Hayden.
Cukup seorang wanita bertakhta di hatinya. Dia enggan digelar lelaki durjana. Selagi boleh lepas Mia secara baik, dia akan berusaha keras.
"Encik prefer bunga apa?"soal gadis yang berkhidmat di kedai bunga kecil itu. Matanya memerhati kelopak mata lelaki dingin itu yang langsung tak berkelip.
"Ugh. Anything sweet like my wife."balas Taehyung berbunyi buntu dan keliru. Terlalu banyak bunga di dalam kedai itu. Nampak kecil tapi padat. Malangnya, lelaki tak seberapa romantik sepertinya kurang bijak dalam hal memilih bunga.
Usai bunga bertukar tangan, Taehyung lepaskan senyuman kecil di wajahnya. Hatinya menyanyi riang tika imej comel Mi Yeon muncul di fikirannya.
Alang-alang dah beli bunga, dia bercadang mahu meluahkan perasaan sejujurnya kepada gadis itu.
Biar terus terang agar Mi Yeon faham perangai sejuk bekunya itu. Derap tapak kaki Taehyung dari kadar laju bertukar perlahan tatkala sepasang matanya memandang kemesraan pasangan muda itu.
"Eh, abang ipar?"
Satu suara lunak merdu itu menyapa Taehyung dengan nada gusar. Mi Yeon menggerakkan mulut menidakkan tanggapan yang bakal diberi suaminya.
"T-tuan Kim?"
Taehyung mengukirkan senyuman tegang lalu jambangan bunga dicampak ke dalam tong sampah. Sakit hatinya melihat tindakan jemari Jaehyun yang menguis sisa aiskrim di atas hidung Mi Yeon.
"B-beli bunga untuk siapa? Ha, saya tahu untuk kakak saya right?"soalan demi soalan daripada Jaehyun menghangatkan api kemarahan Taehyung.
"Teruskan berdating. I don't care."menyinis balasan suara Taehyung sebelum dia membolos masuk ke dalam kereta.
"Maybe i'm too jealous. Mi Yeon tak layak untuk lelaki kuat cemburu untuk aku. Huh?"bicara sendirian Taehyung tergendala apabila skrin telefon pintarnya menyala terang.
Mesej Mia Hayden mengusutkan fikiran lelaki itu. Botol soju yang tersorok di bawah seat dicapai seraya Taehyung teguk begitu rakus.
Pagi-pagi dah meneguk minuman keras. Gara-gara hatinya disapa angin cemburu dan posesif.
From: Mia Hayden
Sayang, saya izinkan Mi Yeon keluar bersama adik saya. Lagipun Mi Yeon sendiri pujuk saya.
Takkan saya tak benarkan pula? Dua-dua tu dahlah single.
Let them have a small date, arachi?
Seen √√ 9 am
"Small date kepala otak kau."ujar Taehyung separuh menjerit. Kepalanya dibenamkan ke atas stereng kereta sambil telapak tangannya menekan kepala yang semakin dibelenggu rasa sakit berdenyut-denyut.
Mi Yeon single. Makin naik hantu Taehyung pada pagi yang hening itu.
Tbc
A/N:
Hello, my love❤❤❤❤❤❤❤
Sebab saya rindu readers, jadi saya update😉😉😉😉😉
Next update? 😘
YOU ARE READING
[C] The Great Kim | KTH
FanfictionKerana satu malam, kau bertemu si dia. Start: 17/09/2020 End: 15/01/2021 Kredit poster: @crushleus