TGK
a/n:
Saya tak sure ada readers rindu ke tidak fanfic ini? Saya curi masa kejap untuk update!
Kalau boleh, ringankan tangan untuk sumbang votes dan komen. Saya dah cukup happy. ❤
"Awak jealous?"aku menanya sebal. Wajah dingin seperti ais di kutub jelas terpampamg di wajah Kim Taehyung.
Lelaki penuh dengan pesona memikat namun tegas tidak berlapik. Aku duduk di hujung katil sambil memeluk tubuh.
Kecil besar je aku tatap geram muka suci lelaki itu. Dia sentuh aku lagi. Kali ini, lebih menyeramkan.
Amaran keras dari suara protektif Tuan Kim bersulam dengan janji kesumat.
Sentuh aku tanpa protection. Dia bercadang untuk mengikat aku daripada dirampas lelaki lain.
Masalah utama, cintakah dia kepada aku padahal isteri yang sedia ada serba-serba cukup paras rupanya?
"Heol, aku cemburu? Kau bermimpi di siang hari, budak."tempelak Taehyung sinis.
Dengan tergesa-gesa dia menyarungkan pakaian di tubuh sasa itu, sempat aku menjeling tajam.
Ego. Kau ego, Tuan Kim. Aku mengetap gigi sambil melontarkan pandangan ke luar tingkap.
Hati aku masih memanas dengan perilaku gelojoh lelaki itu. Jika dia tidak cemburu dan cinta, janji gila apakah sampai dia terdetik ingin menghadiahkan little kim kepadaku?
Cincin permata yang bersarung di jari manis ku tenung lama. Nampaknya anak ibu kena makan bebelan selepas ini.
Kahwin. Restu ibu dan pengetahuan mereka anak beranak pun aku tidak maklumkan. Confirm nanti ibu aku rebus anak perempuan dia ini hidup-hidup.
Aku kerjanya asyik merungsingkan hati ibu. Nasib baiklah ada adik lelaki yang seorang itu. Lee Mark.
Sejuk perut ibu mengandungkan dia. Adik lelaki aku itu senang diharap. Walaupun masih belajar, dia sentiasa mengambil berat kebajikan ibu sewaktu ketiadaan aku di rumah.
Urm, aku bercadang hendak perkenalkan Tuan Kim a.k.a. encik suami kepada adikku terlebih dahulu.
Agak-agaknya mereka sehaluan tak? Ibu jari didekatkan ke bibir lalu aku gigit resah.
Haisy, tak senang duduk selagi ibu dan Mark tidak memperoleh kebenaran yang terlindung ini.
Ibu, Mark. Lee Mi Yeon dah jadi bini orang!
-------
Mengaum enjin kereta Audi kepunyaan Taehyung saat kenderaan itu sampai di hadapan kafe tersebut.
"Jumpa adik saya. Kita terangkan baik-baik dekat dia. Jebal?"aku berkata gementar tatkala iris mataku bertaut dengan si dia.
Jemari runcing dan cantik milik Taehyung menggenggam kuat stereng kereta. Matanya tidak terlepas memandang seorang budak lelaki remaja yang sibuk menyisip kopi ais di dalam kafe.
Wajah Mark Lee yang asyik tersengih seperti kerang busuk sambil menatap skrin telefon pintar mencuri perhatian kami berdua.
"H-ha, itulah adik saya. Yang hensem, kacak dan comel. Be soft with him."
Tawa suamiku berderai sinis. Permukaan dahiku ditunjal kasar seraya dia membuka tali pinggang keselamatan yang melilit di tubuhnya.
"Puji lelaki lain ringan je mulut. Dengan aku, berat macam ada batu."balas Taehyung, bibirnya mencemik halus.
Ada bau-bau cemburu ini. Tapi, jangan berangan sangat Kim, eh Lee Mi Yeon.
Taehyung gunakan kau sahaja. Untuk peneman dia di kala sepi sewaktu ketiadaan Kim Mia Hayden.
"Lelaki itu darah daging saya juga. Suami saya tetap daebak kehenseman dia di mata saya."
Lancar dan bertenaga aku tuturkan pujian ikhlas untuk Tuan Kim. Mana tahu hati dia boleh tersangkut dengan ayat pickupline tak jadi aku ini?
"Cis, kau merapu je budak. Dahlah, jom turun."
Aku membuntuti jejak langkah Taehyung dari arah belakang. Suara comelku asyik menjerit agar kakinya tidak terlalu laju melangkah.
Masuk kafe serupa hendak menamatkan larian pecut 100 meter.
Tak sabar sangat ke nak jumpa adik ipar dia yang comel dan hensem itu?
"Abang ipar akak? W-wait, kau bukan mamat perasan bagus tu ke. Y-yah, orang kaya!"
Lee Mark bangun terpacak secara drastik di hadapan Taehyung. Lidahku serta-merta kelu tika itu.
Aku cuma sempat memaklumkan status Taehyung sebagai suami segeraku. Dari mana Mark berkenalan sehingga tegar menyapa Taehyung keras sekali?
"Lee Mark, bagi aku explain dulu."
Adikku menarik aku supaya tubuhku rapat di sisinya. Turun naik dada adik lelaki bongsuku itu memandang wajah sombong Tuan Kim.
"Tsk, adik dengan kakak sama-sama bebal."
Taehyung berkata lantang dan aku segera berdiri di tengah mereka. Angin ribut dah berkumpul di dalam kepala masing-masing.
Nampak dah peluang singa dan anak singa nak bergaduh. Masalahnya, aku sendiri kurang faham amukan tiba-tiba Mark terhadap abang iparnya.
"You knew him, Lee Mark?"
Mark merangkul lenganku persis adik posesif. Matanya mentunak tajam kepada Taehyung. Enggan melepaskan aku walau sesaat.
"Akak pilih orang yang silap untuk bergelar suami. Lelaki pelik macam dia. Seriously?"
Giliran aku menekan lembut dada Taehyung. Jangan mara ke hadapan abang sayang.
Nanti dua-dua balik dengan muka berlebam sana-sini.
Lelaki pelik? Aku menyiku perut Mark. Adik aku langsung tidak membalas reaksi wajahku yang hauskan jawapan daripada insiden antara dia dan Taehyung.
tbc
A/N:
Maaf kalau hambar. Wkwkwkwk.
Saya akan cuba up bab seterusnya dalam masa terdekat.
;) ❤
YOU ARE READING
[C] The Great Kim | KTH
FanfictionKerana satu malam, kau bertemu si dia. Start: 17/09/2020 End: 15/01/2021 Kredit poster: @crushleus