08

3.2K 422 86
                                    

TGK

TGK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Halwa telingaku disapa carutan dari bibir mahal Tuan Kim. Jarang lelaki sopan dan pendiam itu hendak mencaci seseorang pada awal pagi.

Ini bukan gaya Kim Taehyung kecuali dia benar-benar marah dengan seseorang. Aku? Sudah tentu tidak kerana baru sesaat tadi dia tersenyum puas selepas menanda lagi hak dirinya ke atas kulit tubuhku.

Dasar lelaki miang. Aku dah puaskan kau. Sampai bila nak berkurung macam pengantin baru dalam suite mewah lagikan sepi ini?

"Mia Hayden, kita jumpa di rumah. I cancel bermalam di rumah sebab ada hal dekat pejabat pagi tadi."dalih Taehyung sambil bergegas menyarungkan baju ke tubuhnya.

Kedua-dua telapak tangan aku tekap di mata. Meskipun seluruh tubuh sasa itu telah dijamah mata suciku malam tadi, aku masih dihambat rasa segan.

Tubuh dia terlalu menggoda. Bimbang aku pula yang bertukar menjadi pemangsa dalam diam.

"S-saya patut balik ke rumah Tuan. Jae Min mesti cari babysitter dia hilang entah ke mana."

Aku sarungkan kasut sneakers ke kaki lalu jam di tangan ditilik sejenak. Aku lambat untuk sesi tutor matematik anak lelaki tunggal Tuan Kim pagi itu.

"Balik dengan aku, princess."

Tak habis-habis dengan nama manja princess dia itu. Aku tak akan cair ya.

"T-tapi tuan.."

Taehyung mencapai gugusan kunci kereta. Pergelangan tanganku digenggamnya kuat seraya langkah aku membuntutinya secara paksa rela dari arah belakang.

Kerja memaksa betul Tuan Kim ini.

"Mia Hayden janji Korea. Mulut je manis nak balik jumpa aku dan anak kami. Nak laksanakannya, esok malam baru dia sampai."balas Taehyung, dingin seperti ais.

Tuan Kim masuk ke dalam perut kereta Audinya tanpa membuka pintu kepada aku terlebih dahulu.

Apa yang kau harapkan, Mi Yeon? Dalam mimpi je lah, Taehyung boleh buka pintu dan acah romantis dekat kau.

Alam realiti, dia beku dan cela tanpa sisi romantis. Romantis apabila nak mengawan je.

"Kereta aku tak ada masa untuk layan orang berangan macam kau, Mi Yeon. Masuklah cepat dan jangan buang masa."

Tergesa-gesa aku menutup pintu kereta. Mood janggal mula menyelubungi suasana dalam kereta tika enjin kereta Audi dihidupkan oleh Taehyung.

-------

Soalan ketulan emas itu menggelegak dalam mulut dan ia menunggu mas untuk diluahkan.

Sepanjang pemanduan Tuan Kim dari suite Haeundae ke rumah agam Kim yang mengambil masa sejam setengah, mulut gadis muda ini terkunci rapat seperti digam UHU.

Dia tunggu turn Mi Yeon cakap. Baru dia cakap ke? Mi Yeon menggaru-garu kawasan kepalanya yang tidak gatal.

Topik utama. Dia cuba panaskan enjin dengan topik cerai. Memang sensitif tapi tidak buat mereka berdua.

Kim Taehyung dan Lee Mi Yeon hanya pengantin satu malam. Tiada komitmen dan hati yang terikat dengan perasaan antara satu sama lain.

"Masa saya dah tamat."Mi Yeon ulang ayat itu sekali lagi. Sebesar kuman pun Tuan Kim tidak terkutik untuk memandang wajah comelnya.

Dia comel? Ah, dia perasaan diri sendiri sahaja barangkali. Hakikatnya, dia dan Puan Mia Hayden bagaikan langit dan bumi.

Dia cantik. Seperti bidadari dari kayangan. Mi Yeon tertanya-tanya apa yang membuatkan Tuan Kim tertarik untuk menjadikan dirinya sebagai isteri satu malam?

Sekadar pelunas nafsu melalui cara yang sah. Ramai lagi perempuan cantik bersepah di luar sana.

"Ceraikan saya. Duit pun Tuan Kim transfer tepat kita sampai di rumah agam nanti."

Taehyung menekan brek mengejut tika kereta dipandunya berhenti di lampu isyarat menyala merah.

Terperanjat Mi Yeon. Nasib ada encik seat belt tahu. Karang melayang dia dari kereta Audi Tuan Kim.

Dia lelaki paling beku dan tiada perasaan. Senyum pun waktu dia menggatal mahukan belaian Mi Yeon.

"Semudah itu aku nak lepaskan?"

Gadis itu tercengang mendengar balasan ringkas Tuan Kim. Telapak tangannya yang sengaja merayap di dalam skirt pendek berjaya ditangkap kepantasan telapak tangannya.

"10 million won."

Lee Mi Yeon menggelengkan kepala. Wajah adiknya Lee Mark dan bonda tercinta membuatkan dirinya serba salah kerana membiarkan diri dinodai lelaki orang.

Fikirnya masa inilah masa tepat untuk mmenamatkan kegilaan semua ini.

"Tuan, ceraikan saya."

Kim Taehyung menekan pedal minyak sekuat hati. Gemuruh di dada kian menyerbu tika Mi Yeon sedar lelaki itu seakan enggan melepaskannya.

Tbc

Hehehehe lama saya tak update. Rindu tak?

[C] The Great Kim | KTHWhere stories live. Discover now