12

2.8K 403 102
                                    


TGK

a/n:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a/n:

update satu lagi untuk semua.

<33333





Langit biru dijamah kornea mata kedua-dua manusia yang baru habis bertelagah itu. Mi Yeon ditinggalkan bersendirian melayan perasaan di dalam kafe.

Mark di kanan. Manakala, Kim Taehyung berdiri di sebelah kiri. Sesekali kaki si adik manja Mi Yeon menyepak batu halus di atas jalan tar itu.

Dia mengeluh. Matanya mencuri pandang tubuh kakak kesayangannya yang berada di dalam kafe.

"Cakap. Jangan bazirkan masa aku."

Tegas. Terus ke topik utama. Taehyung enggan berlamaan dengan budak remaja yang suka membebel itu.

Adik dan kakak sama-sama suka merungsingkan perasaannya.

"Rileks lah bro. Kenapa gatal sangat kahwin dengan perempuan lain kalau kau suka kakak aku?"Mark Lee tersengih sinis sambil melawan pandangan dengan abang iparnya.

Dia beruntung. Mi Yeon ada di dalam kafe. Selamat daripada dibelasah mamat garang macam singa bernama Kim Taehyung ini.

"Sejak bila aku suka kakak kau?"

Soalan dibalas soalan beku daripada pihak lawan iaitu Kim Taehyung. Grr, mulalah Mark berasa ingin cekik sahaja suami ekspres Mi Yeon itu.

"Lupa atau buat-buat lupa, abang iparku yang tersayang. Boleh refresh tak memori kau tu?"

Mark menekan jari telunjuk di kepalanya sendiri. Sekadar hint jelas dia mahu lelaki itu tersentap sendiri.

Susah berurusan bersama abang ipar tiada perasaan itu. Tak cukup bini seorang. Kakaknya dikejar pula oleh lelaki itu.

"Aku tak pernah kata aku lupa, Mark. Sebab itu aku tuntut dia melalui cara ini. Dia je...tak ingat aku."

Cincin perkahwinan di jemari manis ditilik leka. Taehyung memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar.

Memori masa silam. Manis dan mencengkam rasa walaupun pihak satu lagi langsung tidak mengingatinya.

Senyuman kecil terukir di bibir Taehyung ketika Mark Lee membuang pandangan ke arah lain.

"Kakak kau yang lupa aku, Mark."

-------

Lima tahun sebelum

"CAKKKKK."

Tubuh sasa itu menjadi mangsa pelukan eratnya dari arah belakang. Hampir meletus tawa besarnya apabila wajah masam Taehyung jelas kelihatan.

Pantang diusik, merah padam kulit wajah lelaki tampan itu.

Pelukan erat gadis muda tersebut dirungkaikan lalu dia pusing tubuh menghadap tuan empunya suara.

"Yes, my girl. Boleh aku bantu?"

Kadar denyutan jantung Taehyung meningkat ke fasa kemuncak tika gadis itu menapak dekat ke arahnya.

"Mi Yeon love you. Sampai bila-bila."

Jari kelingking mereka bertaut erat. Hari itu Taehyung akan berlepas ke London untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Ikutkan hati, dia enggan berpisah dengan teman wanita kesayangannya itu. Demi masa depan dia dan mereka berdua, dia berjanji untuk pulang ke bumi Korea.

Untuk berkahwin dengan Mi Yeon apabila sudah tiba masanya. Jarak usia mereka yang berbeza banyak tahun menyebabkan perpisahan ini tetap berlaku.

"Jaga diri ya budak manja. Tunggu kepulangan aku ke Seoul. Yaksok? (Janji)"pinta Taehyung, anak matanya ralit memandang wajah Mi Yeon buat kali terakhir sebelum pemergiannya.

Jemari yang bertaut erat dirungkaikan perlahan tatkala tubuh gadis itu berundur pergi dari situ.

Ulas bibir Mi Yeon bergerak memberi jawapan yang Taehyung inginkan.

"Janji akan dipenuhi! Saranghae oppa-ya."kata Mi Yeon dengan kedua-dua lengannya menbentuk isyarat love kepada lelaki itu.

Keindahan senyuman lebar Taehyung hancur sekelip mata tatkala sebuah kereta meluncur laju ke arah Mi Yeon.

"M-mi Yeon, come here. Ppali.."

Jambangan bunga diberinya jatuh berselerakan di atas jalan raya. Sayup-sayup jeritan Taehyung dilontarkan khas kepada gadis itu.

Tetapi, segalanya diragut pantas. Tubuh kecil teman wanitanya terbaring tidak bermaya tepat di hadapan matanya.

Cecair likat berwarna merah pekat mengalir laju membasahi wajah dan kawasan kepala Mi Yeon.

Peristiwa ini masih segar bermain di fikiran lelaki itu. Setiap kali tarikh ulangtahun kemalangan sadis tersebut muncul saban tahun.

Taehyung berharap Mi Yeon akan mengingati dirinya semula.

Tepukan di bahu kirinya mengejutkan lamunan panjang Taehyung. Mark setia memakukan pandangan matanya kepada Mi Yeon yang masih berada di dalam kafe.

Kebahagiaan kakaknya menjadi keutamaan. Tapi, bukan bermakna dia akan berlemah lembut dengan abang iparnya itu.

Kisah lama percintaan kakaknya bersama Taehyung menjadi permulaan episod duka kepada keluarga Lee.

"Yakinkan aku.. Kau bukan Kim Taehyung yang lama kepada keluarga kami."

Personaliti lama Taehyung tidak terhenti pada paras membeku sahaja. Dia kenangan manis dan pahit pada masa yang sama dalam kehidupan Lee Mi Yeon.

Dalam erti kata mudah, the great Kim sememangnya dingin pada luaran dan beracun buat Mi Yeon di dalamannya.

"Don't break my sister's heart."

Taehyung senyum sumbing. Amaran Lee Mark dibiarkan seperti deruan angin menyapa telinga.

"Aku tak boleh janji, mark."


tbc



Sebenarnya, Mi Yeon hilang ingatan sebab kemalangan. Agak klise but sabar dulu.

😂😂😂😂😂

Mi Yeon kekasih lama Tuan Kim. Masa diorang berpisah tu, kebetulan dia kemalangan dan terus lupakan kewujudan Taehyung.

Taehyung pindah ke luar negara. Cuba untuk move on dan kahwin dengan pilihan keluarga.

Sekarang, baru proses nak rebut kembali. Faham? ❤

[C] The Great Kim | KTHWhere stories live. Discover now