End ✔

2.9K 364 97
                                    

The Great Kim

The Great Kim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a/n:

first of all saya ingin ucapkan terima kasih atas kesudian kalian ikut perkembangan fanfic ini hingga ke akhir. ❤

semoga menyukai ending ringkas tapi padat ini. Kita jumpa dalam karya terbaru lakonan Kim Taehyung nanti.

komen dan votes sangat dihargai.





Kuasa rindu kuat mencengkam sanubari ini. Setelah bertahun aku membawa diri ke negara orang, fikiran aku masih melayang terhadap si dia.

Apa khabar Taehyung di bumi Korea? Aku harap suamiku baik-baik sahaja dan bergembira bersama Jae Min di rumah agam keluarga Kim.

"Kalau rindu, kau call terus suami."celah Jaehyun seraya menyisip  minuman iced latte yang baru dibelinya sebentar tadi.

Suhu sekitar yang mencecah paras beku membuatkan tubuh kecil aku separa menggigil. Kehangatan selendang merah mula terasa di kawasan leherku.

"Gomawo Jaehyun-ah."aku membalas secara jenaka dalam bahasa Jepun. Meskipun kami menetap di bumi Amerika, aku tetap menggunakan dialog perbualan Korea bersama Jaehyun.

Semuanya atas alasan rindu kepada encik suami dan anak angkatku di Seoul. Sedikit sebanyak rindu bertapa semula apabila imej ketat wajah Taehyung menyegar kembali.

"Saya rindu mereka berdua. Tapi, dia still tak ingat siapa sebenarnya saya di mata dia."aku mengeluh halus.

Bebola mataku terpaku pada satu panggilan kepada Taehyung yang tidak berjawab. Jika berjawab pun, hanya Jae Min yang berbicara.

Taehyung pula semakin menjarakkan diri setelah dia mengetahui status hubungan suami isteri aku dan dia.

"Istilah give up tak wujud dalam hidup kau. I knew that."Jaehyun menepuk dada bidangnya untuk menyakinkan aku.

Bertahun-tahun aku menyepi dan membawa diri ke luar negera kerana kecewa dengan penerimaan Taehyung. Doktor juga mengesahkan harapan terlalu tipis untuk ingatannya muncul semula.

"Aku nak ingatkan kau. Malam ni someone nak jumpa. Kau uruskan bakal klien kita ya."pesan Jaehyun lalu telapak tangannya naik menepuk bahuku.

Klien baru lagi. Makin berkembang pesat perniagaan Jaehyun yang masih berada dalam fasa newbie ini.

Aku tidak menolak dan langsung mengiyakan permintaan lelaki itu. Sewaktu kami jalan beriringan di tepi jalan raya, figura seorang lelaki melintas di hadapan.

Wajahnya terlindung di sebalik mask hitam tersebut. Tubuh tinggi itu pula kelihatan menyarung kot labuh berwarna hitam. Sangat misteri dan kelihatan familiar di matanya.

[C] The Great Kim | KTHWhere stories live. Discover now