Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
***
Alis keningnya bertaut geram apabila matanya bertemu dengan Mia Hayden. Segera Taehyung mencicip kopi tersebut lalu dia bergegas pergi dari meja makan.
Muka masam mencuka lelaki itu ketika berada di meja makan pagi tadi. Sedikit pun dia tidak memandang gerangan Mi Yeon yang sedang duduk di sebelah Jae Min.
"Hyungkena sampuk angin monsun mana tu?"ujar Jaehyun kepada kakaknya. Kunyahan roti berinti jem di dalam mulut beransur perlahan tatkala matanya melorot ke arah wajah mendung Mi Yeon.
Sebelah kakinya menyepak lembut kaki gadis itu yang duduk di kerusi berhadapannya.
"Muram je kerja kau. Nak ikut aku keluar tak japgi? At least kau tak stress sangat terperangkap dalam rumah agam ini."
Jaehyun menyoal sambil menongkat dagu. Besar harapannya agar Mi Yeon bisa menemani dirinya ke pusat membeli-belah selepas makan tengah hari nanti.
"Adik bawa dia after dia habis kelas tutor dengan Jae Min."seloroh Jaehyun lalu mengangkat tangan seolah membaca ikrar.
Dalam diam, Mia Hayden menyembunyikan senyuman lebarnya. Puas dia melihat garis senyuman duka yang meniti di atas wajah gadis polos itu.
Matlamat Mia belum tercapai. Selagi harta Taehyung tidak habis dikikis, dia harus lindungi kedudukannya sebagai isteri pertama dan gadis itu harus disingkirkan bila-bila masa.
Jika Mi Yeon menjadi penghalang, hancur harapannya mengumpul bekalan penting untuk hidup senang lenang di luar negara.
"Akak lagi suka jika adik ada peneman. Mana tahu boleh couple dua?"
Dia bingkas bangun dari kerusi meja makan. Sewaktu dia melalui kawasan Mi Yeon sedang asyik menikmati sarapan pagi, Mia hamburkan gelak tawa palsu dan menjengkelkan hati.
"Jaga Jae Min malam ini. Sebab i dan Taehyung plan nak bermalam di Hotel baru buka tu. You tak kisah kan Cik Mi Yeon?"
Mi Yeon bangun menunduk hormat seraya mengangguk kepala tanda faham. Tiada ruang untuk dia membantah kerana kedudukan dia hanya sipi-sipi di mata Tuan Kim dan keluarga serba mewah ini.
"A-arahan diterima, Puan Mia. Have a great night."
*****
Hotel Eden
Seluruh tubuh Taehyung memanas disebabkan penyebaran foto-foto mesra adik Mia dan isteri mudanya itu di pusat membeli-belah.
Kepingan foto-foto tersebut dimasukkan tergesa-gesa ke dalam sampul berwarna koko dan dicampaknya tepat ke tong sampah.
Sakit hati menyengat diri hingga pendirian dirinya tidak tentu arah malam itu.
"Come and sleep with me. Kita boleh je kan cuddle."sebelah ruang atas katil yang kosong ditepuk perlahan supaya Taehyung terdetik untuk baring ke situ.
"S-sayang, you tahu i seorang yang tak boleh bersabar?"
Taehyung mengemaskan ikatan tali jubah tidurnya itu. Dengan terpaksa, dia merebahkan tubuh di sebelah Mia Hayden.
Rangkulan erat lengan Mia di pinggangnya gagal memberi efek apa apa kepada Taehyung. Dalam fikirannya, imej Mi Yeon menguasai segenap ruang.
He can't think. He can't breath properly until he meet his girl again.
"Apa kejadahnya you biar dia keluar dengan Jaehyun. She's goddamn married to me."
Mia Hayden mengangkat kepalanya yang terbaring di atas dada bidang Taehyung. Naik turun permukaan dada suaminya menahan api kemarahan yang menggelegak panas.
Sebelum dia lepaskan Taehyung yang menyinga, Mia bercadang untuk menambah lagi garam di luka Taehyung yang masih basah itu.
"Apa salahnya i jodohkan mereka berdua? Young and cute. Dahlah secocok. I sendiri yakin Mi Yeon mesti on crush dekat adik kacak i tu."
Hasutan Mia menyerabutkan lagi wayar di dalam otak Kim Taehyung. Entah kenapa wajah polos Mi Yeon tampak membara di dalam otaknya ketika ini.
Salah hasutan Mia atau egonya yang menjulang tinggi?
"Lantak kau lah Mia. Malam ini aku nak jumpa wife muda aku."
Taehyung menepis tubuh seksi Mia ke tepi. Nyaris Mia tergolek ke bawah. Namun, mujur telapak tangannya berjaya mengelakkan tubuh daripada terhumban jatuh dek amukan Taehyung.
"Lepas mengamuk, come here again. Remember our deal, Kim Taehyung."
Taehyung menghentakkan telapak tangannya di atas meja kecil di sisi katil. Helaian rambutnya dikuak kasar ke belakang.
Mia Hayden tarik senyuman jengkel. Habislah Mi Yeon kena balun dan terima amukan Taehyung malam itu.
"You nak buat apa?"
Taehyung berdecit kasar. Bebola matanya diputarkan ke atas tanda menyampah dengan Mia.
"Ingatkan dia yang aku masih husband sah. Bukan layak berfoya-foya dengan lelaki lain serupa tak ingat dunia."
tbc
Hehehhe. Bab seterusnya kita tengok diorang bergaduh. Wuhuuu.