Bab 1

417 14 0
                                    

Kakinya dibawa keluar dari dewan peperiksaan. Pelajar lelaki berlarian apabila keluar dari dewan. Hari ini merupakan hari terakhir mereka di sekolah. Maka tamatlah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kami semua.

"Naura".

Bahunya ditepuk kuat dari belakang,sebelum dipeluk. Siapa lagi kalau bukan Nabila.

"Kita dah bebas!! arghh" terlepas ketawa kecil dari bibir Naura melihat Nabila yang terlompat keterujaan itu.

"Jom"

"Eh- kau nak pergi mana?"

Terkejut dia, saat Nabila menarik lengan ya tiba tiba.

"Makanlah, aku bawa kau" keningnya Nabila naik turun kan. Aku hanya menggeleng Perlahan.Kalau dengan Nabila tak ada yang tak masuk air.

"Sayang!"

Langkah yang baru sahaja mahu Naura aturkan terbantut mendengar suara itu. Dia mengerling seketika sebelum memandang semula kehadapan. Nabila yang sekolah faham menguatkan lagi pelukannya dibahuku. Nafas di tarik sedalamnya sebelum menyambung kembali langkah yang terhenti tadi.

Semenjak 3 bulan yang lalu, dia sudah tidak bertegur dengan sesiapa. Di sekolah, rumah hanya Nabila sahaja la yang dia ada.





"Rara dah buat pilihan ke nak sambung di mana lepas ni?"

Baba yang baru sahaja pulang dari masjid itu melabuhkan duduk disebelah mama yang dari tadi menemani Naura di ruang tamu. Oh ya, sudah sebulan lebih dia hanya duduk dirumah setelah keputusan SPM keluar.

"Hmm, dah Baba dan dah dapat panggilan dah pun"

"Di mana?"

Kertas yang diletakkan disebelahnya tadi diberikan kepada Baba. Mahu cakap tapi dia takut Baba membantah.

"Naura pasti dengan pilihan Naura kali ini?" pantas aku mengangguk, masakan dia tidak pasti. Dari awal lagi memang ini dia mahu kan.

"Nanti kita pergi cari barang keperluan Naura sama sam" membulat mata aku mendengar.

" Baba setuju?"

"Baba tak pernah halang impian anak-anak Baba, Baba tahu itu impian Rara dari kecil lagi" lebar senyumanku apabila Baba menggosok lembut kepala ku, rambut yang sudah serabai sikit pun tidak dihiraukan. Diri terasa disayangi.

Love Of My Life Where stories live. Discover now