Sebu! pada awalnya dia mahu membeli air mineral sahaja dna mahu ke tandas untuk mencuci muka tiba-tiba perut dia sebu. Ada salah makan ke?. Rasanya malam semalam dia hanya makan mi goreng dan Sara pun makan juga. Mungkin sebab dia belum makan tengah hari lagi.
"Sikit lagi Naura, tahan. Breath in. Breath out."
Nafas di sedut dan di hembus berharap perutnya yang sakit ini hilang. Lagi berapa anak tangga sahaja lagi dia nak masuk semula ke tempat duduk dia. Tandas dekat sini ada di tingkat bawah dan memang dekat dengan pintu masuk ke padang. Mungkin untuk mudahkan pemain jika mahu ke tandas.
"Awhh"
Baru 3 buah anak tangga dia daki, perutnya semakin sebu. Badan automatik terbongkok dengan tangan yang sudah dari tadi dipinggang.
"Are you okay, miss?"
Pusing tubuh, lelaki yang menegurnya dengan memengang lengannya terus di pandang. Suka-suka je sentuh anak dara orang. Hampir gugur anak jantungnya melihat lelaki itu.Salah lihat ke dia? Dan dia harapkan ya yang dia salah lihat. Namun hampa bila lelaki itu sudah menegurnya.
"Naura"
"I'm fine. Saya pergi dulu"
"Naura, wait!"
Lengannya ditarik dari belakang, perut yang sakit sudah hilang sekarang ini rasa marah dia lagi tinggi dari rasa sakit.
"Lepaslah! tak tau ke tak manis sentuh-sentuh perempuan?!"
Naik turun nafasnya melepaskan amarah. Tidak pernah dia marah sebegini, tapi bila lihat manusia di depannya anginnya serta merta naik.
"Naura, aku-"
"Kenapa ni?"
Bicara lelaki itu dipintas oleh satu suara yang sedang memerhati dari tadi. Tetapi hanya mendiamkan diri sebelum panas melihat aksi tadi.
LUTH menghampiri dua susuk tubuh itu. Dia hanya memerhati dari tadi, bagaimana Naura kenal dengan lelaki ini. Makin panas hati dia bila lelaki itu memegang tangan Naura. Wajah lelaki itu yang sudah disebelahnya dijeling tajam dengan senyuman sinisnya. Dia sangat kenal dengan lelaki ini.
"Haris"
Berdiri disebelah Naura tetapi mata masih merenung tajam lelaki itu. Haris. Haris Asyraf. Senyuman sinisnya masih ditayang.
"Kau tak perlu campur urusan aku"
"Oh,really?." "Naura?"
Dia mengangkatkan keningnya seolah olah terkejut dengan menaikkan kedua dua tangannya. Senyuman sinis masih kekal di bibirnya . Wajah Naura dan Haris di lihat berulang kali.Dapat dia lihat wajah Naura yang tidak selesa.
"Naura, I'm sorry.Aku tak sengaja tadi aku cuma-"
"Haris enough, aku tak mahu dengar apa-apa and aku anggap kau tak sengaja pegang tadi dan aku maafkan untuk kalini"
Pusing badan, dia mahu teruskan mendaki anak tangga itu berharap dia tidak ada di situasi sekarang ini.
"Naura-"
"Kau apahal?!"
Amukan Haris bergema apabila Luth menahan dadanya dari menghampiri Naura. Geram dengan Luth yang menyibuk muka Luth ditumbuknya.
"Luth!"
Bahu Luth sempat dipegang, nasib baik dia masih tidak jauh dari kedudukan Luth. Ya Allah. Luth yang pada awalnya berang mula terkedu melihat Naura yang sangat dekat dengan dia sekarang ini, Naura peluk dia? Dia bermimpi ke?. Bertaburan amarahnya melihat objek di depan mata dia. Rasa mahu berterima kasih pada Haris.
Kawan-kawannya yang sememangnya ada dari tadi menayangkan senyum jengkel melihat riak Luth yang pura-pura sakit. Ceht, buang masa je risau. Nasib baik mereka tak sempat tumbuk Haris.
"Kau kenapa Haris?!Boleh tak rasional sikit jangan suka-suka hati nak bertumbuk. "
"Naura, dia-"
"Arghh, awhh"
Lagi sekali Luth memintas kata kata Hariz, mata dibuka sedikit dengan menayangkan senyuman sinis pada Haris. Melihat Haris yang mengepal kedua tangannya kuat dia hanya ketawa jahat di hati.
"Luth? You okay tak ni?"
"I'm fine. It just Awhh"
Indahnya jika hari-hari macamni. Nak sakit boleh tak? Dapat dia dekat dekat dengan Naura.
"No, you're not. Raff tolong I bawa Luth pergi bilik kesihatan"
Raff mencebik kecil melihat senyum Luth yang disembunyikan. Luth ingat dia tak nampak ke?. Kesian Naura percaya lelaki ini.
Haris yang ditinggalkan memandang tajam belakang badan Luth yang dipapah oleh Naura dan Raff. Dia tak sangka dia dapat berjumpa Naura dan Luth sentiasa mengganggu dia.
LUTH merenung lama Naura yang sedang menuam ais di mukanya. Naura yang sedar akan renungan itu hanya menundukkan wajah dan berpura-pura fokus menuam muka Luth. Dia juga tidak tahu mengapa dia risau apabila Luth luka begini.
"You kenal Haris?"
Mata dinaikkan dan mata Luhh masih merenungnya dalam. Dilarikan mata kembali ke muka Luth sambung menuam bengkak.
"Hm"
"Macam mana kenal?"
Amboi, bibir ni sakit ke tak sakit?. Banyak nya tanya, tapi suara itu hanya dalam hati Naura sahaja. Mahu keluarkan ada juga yang sentap.
"Sekolah"
Sepatah sahaja dia membalas, sebenarnya dia malas mahu bersoal tentang Haris. Biarla semuanya perkara lepas.
"You rapat ke dengan Har-"
"Bibir you bengkak ke tak bengkak sebenarnya ni?"
Geram dengan Luth yang banyak soal, terlepas juga soalan dia yang tadi hanya dalam hati sekarang sudah terluah.
"Ha "
"Banyak sangat bercakap, gaya macam dah tak bengkak. Kalau dha tak bengkak I keluar dulu"
"Eh bengkak lagi lah. Ahh. See."
Membulat mata Naura melihat Luth yang menekan lebam di muka dia.
"You tekan kenapa?tengok dah biru balik. Bak sini tuan itu. Ish"
Luth hanya menahan senyum mendengar bebelan Naura. Dia suka. Janji selalu dekat dengan Naura dan Naura risau dengan dia. Sukanya dia.
Okay done update. Tak ada apa nak cakap. Cuma jangan lupa vote and comment❤️❤️❤️