Oxford UniversitySetelah 4 tahun dia meneruskan pelajarannya disini. Sedar tidak sedar Naura hanya tinggal satu sem sahaja lagi untuk tamatkan master dia. Syukur, kerana dia sudah berjaya sampai ke tahap ini.
"Naura"
Sedang asyik termenung di taman itu, Sara yang baru sampai itu menegurnya . Hari ini mereka tiada kelas maklumlah hujung minggu, jadi dia dan Sara rakan serumahnya memang rajin menghabiskan aktiviti hujung minggu dengan berjogging di pagi hari.
"Lambatnya kau membuang, apa yang kau makan semalam Sara?"
mana tidak lama, dia sudah tunggu Sara hampir 30 minit kerana Sara cakap dia sakit perut.Wajah Sara yang dihadapannya yang baru sahaja selesai membuat warm up. "Hmm.. aku rasa makanan yang aku makan dengan Andi semalam kot, ada satu restaurant area sini baru buka".
"Itula, kau suka pesan makanan pelik-pelik, bahaya tau". sudah lali dengan perangai Sara yang suka mencuba benda yang pelik-pelik.
"Oh ya! Naura! semalam waktu aku dan Andi dinner kami terserempak dengan your Luth". Wajah Sara aku keeling geram, sudah berapa kali dia cakap yang dia tiada apa-apa perasaan dengan Luth apatah lagi hubungan.
"Luth suddenly datang dekat meja kita orang and tanya kita orang kau dekat mana, hellooo man dia tak nampak ke kita orang tengah dinner?!"
Geram sungguh hati Sara, orang baru nak hayati dinner malam tu ada pulak pengacau. Terlepas kecil tawa Naura dengan telatah Sarah yang sedang membebel geram.
"Aku dah kata jangan layan kalau dia tanya tentang aku" ya dia sudah acap kali berpesan dengan Sara jangan layan jika ada yang bertanya tentangnya kcuali tentang assignment.
"Luth tu sejak dia minat dengan kau kan Naura, aku perasan dia dah tinggal semua perangai kasanova dia, kau tak mahu cuba buka hati kau untuk dia ke?" Kesian jugalah Sara dengan Luth, selalu dipalau dengan Naura ni.
"Aku ada dekat sini, di bumi England ni ada sebab Sara, kau juga tahu kenapa jadi aku nak selesaikan dulu tujuan aku sebelum fikiran soal cinta ni" melihat Sara yang seolah mengerti kaki yang tadi terhenti, di sambung berlari kembali. Dia malas mahu ada perasaan dalam masa ini. Cukup lah dahulu.