Hujung minggu yang membosankan. Jika mahu di tambah, tolak, darab dan bahagi. Dia hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja di sini sebelum pulang ke rumahku syurga yang sebenar. Mahu kemas rumah, dia baru sahaja siap kemas. Mahu masak? dia juga sudah masak sarapan pagi tadi bersama Sara. Sungguh dia tidak mahu duduk termenung seperti sekarang.
"Babe"
Bahu dia dipukul dari belakang, tidak lain tidak bukan memang Sara.Siapa lagi yang ada dalam rumah ni selain dia.
" Hm"
"Jom keluar"
Baru sahaja aku sebut, kepala terus pusing pantas ke arah Sara. Tajam mata merenung. Hm muka serious, maknanya betul betul ajak keluar.
"Pergi mana?"
"Teman aku"
Bibir dicebikkan kecil, memangla dia tahu mahu teman si teman seorang ini. Tapi pergi mana?.
"Aku taulah, maksud aku pergi mana?"
"Hari ini kan ada game. Kau tak tau?"
"Game?"
Serius dia tak tahu game apa yang Sara tengah katakan, Game apa?.Kepala digeleng menjawab pertanyaan Sara.
"Itulah kau, macam duduk gua. Dahlah siap cepat!"
"Pergi mana? Sara!"
Mencicit Sara berlari ke atas mahu bersiap. Naura sandarkan malas badannya ke sofa. Geram sungguh dia dengan Sara. Orang tanya bukan mahu jawab.
"Naura! Cepatttttttt!"
Terangkat bahu Naura yang sedang tenang bersandar di sofa mendengar jeritan Sara. Ya Allah dengar dek Makcik Hawa, menangis wanita itu lihat perangai anak gadisnya itu.
"Naura!"
"Ya, nak bersiap lah ini. Tcct"
Bantal kecil yang diriba di campak Perlahan ke sofa sebelah. Bising sungguh lah Sara ini.
🦋🦋🦋🦋🦋🦋
"Kenapa masuk sini?"
Menjadi penumpang dari tadi dia hanya mendiamkan diri,sudah banyak kali dia bertanya Sara mahu ke mana. Sudahnya hanya tersenyum sahaja perempuan itu.
Sebaik masuk sahaja ke pintu gerbang ini, dia dah tak boleh diam, pelik melihat Sara masuk ke sini. Dia bukan tak tau apa ini.
"Raffi jemput aku datang. Dia ada game hari ini."
"Raffi?"
"Kejap!. Raffi sebelah rumah?. Jiran kita itu?"
Dia sudah tak mampu tahan untuk tidak keluarkan suara. Pelik!. Iyalah, tiba-tiba sahaja Raffi menjemput Sara.
"Ish, ya lah Raffi mana lagi. Kau ni"
"Sejak bila kau rapat dengan dia?"
Serius wajah dia memandang Sara. Sara yang faham akan renungan itu menarik senyum kambing dia. Adalah tu kalau dah senyum macam itu.
"Baru je, dia ada ban-. Eh sudahlah, aku cerita balik nanti. Cepatlah turun, Raff kata dah nak start"
Mengelak! Naura tau Sara malu. Dia yakin ada something dua orang ini. Huh, rahsia konon. Nasib baik dia memang bosan kalau tak memang tidak dia mahu teman.
"Cepatlah Naura"
"Boleh sabar tak. Ish, gelojoh"
🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋
Masuk sahaja dalam stadium Universiti mereka, kuat suara jeritan. Naura sudah menutupi telinganya. Bisingnya, ada game apa sampai ramai penonton ini?. Dia saja ke yang tak tau?.
"Sara"
Tangan Sara di tahan supaya berhenti sekejap. Banyak persoalan yang dia fikirkan sekarang.
"Kenapa ini"
"Game apa ini? kenapa ramai sangat? aku sahaja ke tak tau apa apa?"
"Ish, kita cari seat dulula cepat. Ramai sangat ini, tak ada seat nanti. Aku cerita bila dah duduk nanti. Come."
Lengannya ditarik Sara, dia hanya membuntuti sahaja langkah Sara sehinggalah jumpa seat mereka.
"Game apa?"
"Harini ada perlawanan Basketball. Wakil Uni kita dengan Universiti Omega. Itu yang ramai, perkara ini dah viral dari minggu lepas. Kau tak tau?"
Basketball?. Dia tidak pernah tahu la pula. Kepala digelengkan perlahan dia memang tak tau apa-apa.
"Kau patut ambil tahu sekeliling kau Naura. Sekarang semua benda itu penting untuk pengetahuan kita."
Dia hanya angguk kan sahaja kepala. Akui ada benar apa yang Sara kata. Dia kena lebih alert selepas ini.
"Raff!"
Kepala yang tadi tertunduk terus terangkat apabila Sara menjerit tiba-tiba. Raff?. Dia melihat ke arah mata Sara. Kelihatan pemain pemain Basketball sedang keluar. Satu persatu muka pemain itu keluar. GULP!.
Terkaku saat melihat satu susuk itu. Dia kenal. Mana mungkin dia tidak cam susuk tubuh itu. Wajah Sara di sebelah di pandang. Hm Sara masih fokus pada Raff. Dia melihat ke arah tadi dan matanya terhenti pada mata si dia apabila mata itu juga memandangnya. Lama menatap mata antara satu sama lain. Si dia memberikan senyuman sebelum kembalikan wajah Serius.
Lelaki itu yang turut berbaris dalam barisan pemain itu.Lelaki itu.
Luth!
Ya Luth yang selama ini mengjarnya dalam diam.Dia tahu akan hal itu, Sara sering bercerita cuma dia tidak mahu ambil serious kerana baginya selagi Luth tidak mengatakan maknanya itu tidak benar.
Masih lagi Terkaku di tempat duduk,entah mengapa kalini hatinya berdegup laju.
Bunyi wisel ditiup. Habis riuh stadium itu apabila perlawanan bermula. Naura hanya diam memerhati. Dia tidak sempat melihat muka pemain pihak lawan. University Omega?. Dia tak kenal. Dia bukan ambil tahu pun.
Masa berlalu dengan cepat sehingga mata goal Universiti mereka mendahului pihak lawan. Pasukan penyorak yang memang mempunyai kelab di Universiti mereka semangat menjerit memberi kata semangat. Lama hanya memerhati dan perlawanan pula hampir tamat untum pusingan pertama.
Tekaknya berasa dahaga dan mahu ke tandas juga. Mahu mengajak Sara teman, tapi si teman tidak mahu pula khusyuk memerhati Encik Crush. Mahu tak mahu dia terpaksa pergi seorang diri lah nampaknya.
🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋
Alhamdulillah done update!, sikit sahaja mampu insyaallah ada masa akan update secepat mungkin☺️❤️